Home

Advertisement

amuk dan beauty [entries|archive|friends|userinfo]
Muhammad Abdullah

[ userinfo | livejournal userinfo ]
[ archive | journal archive ]

Links
[thoughts| aiman salmi johnpilger harith ustaz ]
[foto jedi| iridie juli bazuki jamesnachtwey ]

haji [Nov. 16th, 2009|12:17 pm]
[Tags|]

jumpa di sana and see you again.
LinkLeave a comment

(no subject) [Nov. 15th, 2009|08:49 am]
LinkLeave a comment

kisah jiwa [Nov. 11th, 2009|08:56 am]

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillahirabbila 'alamin. segala puji dan puja bagi tuhan sekelian alam. yang mengusai langit dan bumi. yang layak disembah dan ditakuti. tempat pengharapan dan pergantungan. tempat merintih dan mengadu. Dialah tuhan yang mengawal hati,tindakan dan Maha mengetahui dan menentukan nasib manusia.segala simpul dapat diungkapkan dalam "Laa ilaha illallah".

kali ini, betul betul aku mahu menulis apa yang terbuku. biarlah melayan perasaan untuk sementara.

pertamanya aku nak cakap terima kasih kepada sesiapa yang ucap selamat pada aku sempena 1111 ni. terima kasih.

hari hari makin lama, rasa makin tua. sepatutnya bukan rasa, memang dah berusia. amalan baru sejemput. dosa berbukit-bukit. hati makin lama makin gelap.

poket lopong dan tak kembung kembung. tapi aku rileks je biasanya. terkadang je gelabah bila fikir struktur perjalanan masa depan. tanpa persediaan rapi, semua yang aku berbual, jadilah angan-angan dalam tong sampah. bila tanyakan orang ramai, struktur asas tak sama, jadi haru biru tingkat atas.

bila difikir-fikir balik, hidup aku sebenarnya penuh dengan keselesaan dan konvensi. tiada aral yang melintang sangat. alhamdulillah segala syukur dan puji bagi tuhan.

akupun baca balik entri-entri lama. bila perhati ayat aku memang agak pedas dan berlagak. mungkin ramai berpendapat begitu. mungkin orang kata aku tak boleh tarik umum dengan intonasi sebegini. mungkin betul juga. tapi niat aku nak sangat mengetuk hati orang ramai khususnya yang seakan-akan aku. koya keras tapi tak kenal siapa Maha Keras.

jadi, bermulanya dari sini, aku nak mulakan balik peta minda dalam menyusun struktur kehidupan yang lebih baik dan menyempurnakan separuh daripada agama (poin di sini). aku agak tahun depan memang selamat tinggallah zaman huha dan lebih amal dari tutur harapnya.

aku cuba nak mulakan yang terbaik selepas balik dari haji ni. (sebenarnya latihan memang perlu dalam setiap sudut,tak kiralah apapun). jadinya aku cuba perlahan-lahan dalam menghindari bab yang haram dengan cubaan yang kuat!. maka mujahadah tu bukanlah senang. maka akupun mengishtiharkan yang aku perlukan pembantu dalam mengurus urusan yang tuhan amanahkan kepada semua manusia di bumi.

entri ini sebenarnya lebih menerima dari memberi. sedikit terkedu dan terharu dari respon teman teman yang mengucapkan selamat. akupun sangatlah jarang yang amat mengucapkan selamat hari lahir pada orang (rasa macam tak pernah kot).

sekarang tepat pukul 11.11 pd 11/11. alhamdulillah aku masih menulis. tak mati lagi. jadi, sepatutnya inilah yang berlaku. seperti hadith yang aku nak kongsi sekarang.

عن أبي صفوان عبد الله بن بسر الأسلمي رضي الله عنه ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : خير الناس من طال عمره وحسن عمله رواه الترمذي ، وقال : حديث حسن . بسر : بضم الباء وبالسين المهملة

"sebaik-baik manusia, semakin bertambah umurnya, semakin baik juga amalannya" [tarmizi,hadith hasan]

sebelum berangkat ke baitul atiq nanti, atau sebelum mati lagi, aku mohon maaf atas segala-galanya yang mungkin tak terungkap dan terhitung sekarang. hutang piutang boleh dikutip sebelum aku mati.

jadi, berbalik kepada persoalan aku untuk hidup atas muka bumi ni bermatlamatkan tuhan, tapi bagaimana dan macam mana itu berbalik kepada aku. tunggu jelah setahun lagi. apa akan jadi.

faqir sangat2 kepada allah,

Link1 comment|Leave a comment

mentalis,ego dan seni. [Nov. 5th, 2009|04:54 pm]
[Tags|]

part 1.

bismillahirrahmanirrahim.

segala puji bagi Allah tuhan semesta alam yang menguasai langit dan bumi dan mengawal hati hati manusia serta penentu masa depan semua makhluk. Dia-lah yang memberi hidayah dan menyesatkan, yang menganugerahkah syurga dan mengazab di neraka. penentu segala terma baik dan buruk dalam dunia.tidak ada definasi yang datang selain dari-Nya. Dia-lah yang awal dan yang akhir,penentu segala sesuatu.

Maha suci engkau wahai tuhan, aku berlindung dari azab neraka dan kesesatan yang nyata.

adapun satu minggu mempunyai 6 hari untuk bekerja, aku masih lagi mamai dalam hidup ni. hah..beberapa hari ni aku diajar cukup cukup untuk mengenal hati dan budi. apabila manusia berkonfrontasi dengan sesuatu masalah, terus salur otannya hilang refleks. lalu, sesetengah mereka menjadikan hati sebagai idola otak. maka, senget sudahlah akal ketika mengemudikan jiwa dan perasaan.

sebenarnya, situasi tersebut hampir-hampir menyodok kepala otak aku ni. jadi sekarang, aku ingin membuat liputan berdasarkan topik di atas. selama pengalaman aku yang ciput ini, tak pernah betul-betul rasa orang marah pada aku sebab-sebab di atas(mungkin abah aku je). atas dasar yang tertentu, kekhilafan pandangan menjadi ukuran lagi kah?

bak kata raja petra : "opinion is like an a**hole, everybody got one". aku memang setuju dengan lagak tu. memang manusia diciptakan sebegitu kan?. oleh sebab tu, bagaimana pula dengan perbezaan pandangan dari sudut kehidupan,pengistilahan dan perselisihan? aku sebenarnya berusaha mencari persamaan. tak mahu gaduh-gaduh. tapi, aku membawakan persamaan kepada suatu sudut berbeza. mencari persamaan mengikut kehendak tuhan.

sekejap lagi hari nak mendung,segenap lagi hati berkabung...

jikalau kita meniliti statistik negara maju berdasar pembaris ukuran UN, kita akan mendapat bahawa Jepun akan menduduki tangga ke-10. (laporan 2005) dan statistik sekarangpun tidak menunjukkan sebarang perubahan besar. sedangkan, seantero alam sudah tahu bagaimana kecanggihan teknologi,seni,kreativiti dan pelbagai bidang lagi, banyak yang dijuarai oleh negara matahari terbit itu. aku bertanya beberapa orang kawan jepun aku, kata mereka; ini semua kerana sektor industri Jepun tidak mahu mengambil wanita bekerja atau kebiasaannya wanita akan berhenti kerja apabila berkahwin. ini kerana bukan kami gender-bias, tapi kerana produktiviti. Tokoh-tokoh syarikat mempunyai satu pengalaman yang sangat berharga. katanya; dalam tempoh sebulan, pekerja pekerja wanita akan mengalami proses yang menyakitkan (kitaran) dan jika berkahwin, bila tiba waktu bersalin maka tempoh rehat yang panjang bakal mengganggu produktiviti. ini semua sunnatullah (peraturan tuhan). jikalau wanita mahu sama berdiri dengan lelaki, boleh (cubalah).tapi wanita sememangnya tidak diciptakan sebegitu.

maka, adakah Jepun layak menduduki tangga ke-10 negara negara maju ataupun UN perlu perbetulkan neraca ukuran mereka?. lagi sekali, sidang negara-negara dalam dunia berbincang mengenai isu alkohol; adakah boleh atau tidak? maka, upacara persidangan berlanjutan selama berjam-jam tanpa henti. sesetengah negara bersetuju membenarkan dan sebahagian tidak. bukan nak kupas siapa negara islam ataupun bukan islam. ada juga negara islam yang bersetuju benar melesenkan alkohol dan ada juga negara yang bukan islam hendak membakul-sampahkan terus alkohol. kajian demi kajian, kertas kerja yang bertimbun, pakar pakar air liur bertabur membahaskan.

itulah manusia. jikalau mau lagak satu kepala memerintah,pasti berjaya tapi diktator. manusia.tak pernah sempurna. sebab tu kayu ukuran nabi dinilai sempurna dimata manusia. hakikat yang sebenar Allah nak tunjuk adalah sesiapa yang bertindak mengikut wahyu,pasti berjaya.pasti.

jikalau dikumpulkan seluruh ummat manusia memberi pendapat mengenai alkohol,pasti hiruk pikuk reban parlimen satu dunia. sebab tu tuhan mensyariatkan perkara supaya manusia tidak sesat lagi.

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan. [21:22]

samalah dengan garis panduan kehidupan.  setiap kehidupan kita, berlandaskan quran dan sunnah yang datangnya dari Allah dan disampaikan oleh rasulullah. apa guna kita ungkap:

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [6:162]

dalam setiap solat 5 kali sehari. selalu perbaharui tapi tidak memahami makna.lebih teruk lagi, tidak pernah cuba memahami. kelak bila ditanya, terngangalah mulut-mulut mereka...."kenapa aku tak cari??" yang paling dasyat bila nanti, mereke yang tidak pernah cuba untuk memahami dilabel sebagai "pengkhianat" seperti:

...Oleh itu, siapakah yang lebih zalim lagi daripada orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan berpaling daripadanya? Kami akan membalas orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat keterangan Kami (dengan) azab seksa yang seburuk-buruknya, disebabkan mereka sentiasa berpaling (mengingkarinya).  [6:158]

bukan itu namanya mendustakan?..percaya tapi tidak yakin. tahu tapi tidak buat dan ikut. tidak cuba memahami ayat-ayat Allah bahawa garis panduan kehidupan hanyalah berpaksikan alquran dan assunnah.

jadi, aku memang bersikal judgmental mengenai kehidupan seorang muslim. tak kiralah siapapun dia. asalkan peluang tu ada, memang kena tibai cukup-cukup. ini semua kerana sayang akan orang tersebut. kelak bila ditanya kenapa tak pesan dengan saudara/i kamu itu? harap-harapnya..bolehlah aku hamburkan yang terbaik. dan sebenarnya aku terus lagi berusaha meperbaiki silah antara tuhan dan manusia.minta maaf kepada manusia yang rasa aku bersikap judgemental. harap aku agar manusia sekekeling terpacu ke arah menuju tuhan.

“Wajib atas kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khulafaur-rasyidin yang mendapat petunjuk setelahku, gigitlah dengan gigi geraham ( pegang erat-erat dan jauhilah perkara-perkara baru yang tidak diajarkan agama, karena hal itu bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat )”
(HR. Imam Ahmad, Abu Dawud, At Tirmidzi, Ibnu Majah dishohihkan syaikh Al Albani dalam Shohihul Jami’ )


wahai  tuhan yang membolak balikkan hati dan penglihatan, tetapkanlah kami di atas agama-Mu dan ketaatan kepada-Mu.


p/s:utk kali keduanya, minta maaf cik engineer.


Link1 comment|Leave a comment

stranger than a fiction. [Nov. 4th, 2009|08:55 am]

ليس الغريب هو الذي فارق الديار و ودع الأهل ولكن الغريب هو الذي يجدُ و الناس من حوله يلعبون
و يصحوا و الناس من حوله ينامون و يسلك درب الخير و الناس في ضلالهم يتغبطون
وصدق الشاعر إذ يقول قال لي صاحب اراك غريب = بين هذا الأنام دون خليــــــــل
قلت كلا بل الأنام غريــــب = أنا في عالمي و هذه سبيلي
هذا هو الغريب ...
غريب عند العابسين من البشر
ولكنه عند ربه في مقام كريم
.

LinkLeave a comment

Lagu dunia ketiga (Rahmat Haron) [Oct. 29th, 2009|03:52 pm]



Dari suara kejam dan hiba

Aku bertanya Ke mana cinta?

Dari suara geram dan hina

Aku berkata bukalah mata

 
 
dunia ketiga dunia sengsara

dunia ketiga dunia derita

dunia ketiga dunia gelita

dunia ketiga dunia celaka

 

Afrika lara Palestin duka

Iraq nestapa Bakun terdera

Kabul dicabul Takbai ditibai

Mindanoa kecai Kashmir bersepai

 

dunia ketiga dunia sengsara

dunia ketiga dunia derita

dunia ketiga dunia gelita

dunia ketiga dunia celaka

 

dunia ketiga banyak diktator

tangkap penjara negara lebur

mahathir lumpur mugabe dengkur

polpot menghancur suharto kotor

 

dunia ketiga dunia sengsara

dunia ketiga dunia derita

dunia ketiga dunia gelita

dunia ketiga dunia celaka

 

Mesin membaham modal menikam

Jentera seram kilang mencengkam

Serakah saham tamak merejam

Enjin menerkam buruh terpadam

 

dunia ketiga dunia sengsara

dunia ketiga dunia derita

dunia ketiga dunia gelita

dunia ketiga dunia celaka

 

pohon ditebang sungai dibuang

bukit ditarah tanah dijajah

peluh diperah tubuh dilapah

duit disembah bankrup meratah

 

dunia ketiga dunia sengsara

dunia ketiga dunia derita

dunia ketiga dunia gelita

dunia ketiga dunia celaka

 

gaya dan nilai iklan mengilai

tivi serabai mcdonald bangkai

politik cibai miskin menggapai

hina berangkai bebal mengitai

 

dunia ketiga dunia sengsara

dunia ketiga dunia derita

dunia ketiga dunia gelita

dunia ketiga dunia celaka

 

kotor dan cemar keruh menggegar

belot membolot khianat ugut

dengki mencarut haloba reput

tamak merusuh busuk meruntuh

 

dunia ketiga dunia sengsara

dunia ketiga dunia derita

dunia ketiga dunia gelita

dunia ketiga dunia celaka

 

maju membeli pengguna tuli

menjual diri peniaga judi

kereta mabuk harta disogok

jiwa berhabuk sakit berkepuk

 

dunia ketiga dunia sengsara

dunia ketiga dunia derita

dunia ketiga dunia gelita

dunia ketiga dunia celaka

 

bom membakar senjata lapar

tentra mencakar nyawa terkapar

terbakar sabar rasa tercabar

kasih yang hambar sayang tercalar

 

dunia ketiga dunia sengsara

dunia ketiga dunia derita

dunia ketiga dunia gelita

dunia ketiga dunia celaka

 

 

pantas segera cepat bekerja

bersihkan semua rancangan kota

ke belantara di hutan dara

simenkan semua konkritkan nyawa!

 

Rahmat Haron

Mac – 3.33ptg 18 april 2006 bilik black, bu, ke el


*dirembat dari blog hadi mahdi (muhammadaimansalmi.blogspot.com)
LinkLeave a comment

just another visionaries and dreamers, [Oct. 29th, 2009|11:16 am]
[Tags|]

check this out..


we dont need no more trouble eh?...

what do think about this song?

mari berfikir lagi ke ruang yang lebih jauh. slogan "love" yang dialung-laungkan oleh ummat 1dunia hari ini semakin memuncak tahapnya. atas nama keamanan dan kecintaan kepada kedamaian menjadi matlamat utama. jadi, tak salah bagi menikmati secebis keindahan hiburan atas nama kemanusiaan.bukan begitu?

tidak kira sehebat mana penyanyi tersebut, betapa lagenda dan impak maksima yang dia mampu salurkan kepada manusia, semuanya bersifat sementara.ini semua kerana apa yang manusia dapat hanyalah helwa telinga yang menggetarkan gegendang dan menyalurkan info kepada otak untuk memberi arahan yang seterusnya. cuma lagu dan irama.

lagi, selepas lagu ini siap dibikin dan disalurkan genap seantero alam yang berpaksikan jaringan web,youtube dan sesama komuniti jaringan internet ini, mulalah manusia berbicara mengenainya. lalu, bagi mereka mereka yang ingin melakukan perubahan mula memikirkan. inilah lagu tema yang mengubah kehidupan. disertakan jemputan dan dakwah bagi menyebarkan fikrah seluruh ummat bahawa manusia perlu saling berkasih sayang.

manusia biasa yang tidak mempunyai tanggungjawab besar seperti hero-hero dunia, perdana menteri, para pelobi, politkus, kapitalis, sosialis atau apapun lagi, berfikir, inilah jalanku. maka, golongan bawahan seperti kamu dan saya memikirkan inilah perjuangan kita. merubah dunia dari dendam, benci dan perang kepada 'cinta' 1dunia. fikrah 'cinta 1dunia' ini merayap didalam setiap kepala otak mereka meraka dan mampu menghasilkan cetusan kebencian. kebencian kepada mereka yang melakukan kekejaman. juga tak salah bukan?

jadi, apa yang bakal berlaku adalah kamu dan saya akan bertungkus lumus bekerja untuk 'cinta 1dunia'  dan menyebarkan fikrah itu. maka, terhasilah satu generasi 'cinta' yang bergerak di atas muka bumi tuhan. atas nama cinta saja. maka, tentangan dari pihak yang kejam membuatkan puak 'cinta' ini memberontak lalu mengadakan revolusi besar besaran sambil berarak membawa sepanduk dan kain rentang. sesetengah mereka suka membakar bendera. sesetengah mereka suka membelasah patung. sesetengah mereka suka bertopeng dan pelbagai lagi aksi sarkis artistik yang mereka dapat tonjolkan. tetapi ramai dikalangan mereka cuma ikut-ikut sahaja. mari berpesta dan berarak supaya dunia menjadi lebih damai dan harmoni.

adapun begitu, pihak-pihak pemuzik tadi membuat untung diatas jualan dan konsert atau 'tour' mereka. mereka perlu kepada duit untuk makan juga seperti kita. mereka bahkan dinobat sebagai nabi-nabi 'cinta'. manakala pihak yang bertanggungjawab besar tadi mempunyai perancangan tersendiri. mereka jarang-jarang ada masa untuk mendengar lagu dari puak 'cinta'. jikalau mereka dengarpun, mereka akan berkata "bagus, inilah dunia demokrasi.pastikan ianya stabil.jika kita tiada penentang, kita tidak boleh hidup". mereka juga perlukan puak 'cinta' ini untuk terus bernafas di dalam setiap maksiat mereka lakukan. masakan mereka mahu berubah?lupakanlah. di dalam hati mereka ada penyakit dan tuhan tambah lagi penyakit itu supaya mereka terus berada di dalam keadaan sesat.

kesimpulannya, nyanyikahlah lagu apa sekalipun, irama dan lirik menusuk kalbu sekalipun. jikalau masih tidak mendapat hidayah dan tak ada matlamat menuju tuhan, pasti mengarut tak tentu hala.akhirnya muzik ini hanya dimainkan sebagai muzik biasa seperti di carta-carta lagu terhangat. tiada lain dan tiada bukan sebagai simbol perjuangan.

akhir kata, pastinya kamu masih mengiyakan bahawa muzik ini sekadar hiburan. tiada salahnya jika mendengar sebagai hiburan pada hari-hari kegembiraan. jadi, apa logiknya usia dan biodata penyanyi?kejayaan band dan live tour?slogan dan perjuangan?yang lebih teruk lagi mengambil kira karat di kangkang penyanyi.

fikirkan dan jangan jadi seperti alat bodoh yang digunakan oleh semua pihak. jalan perjuangan itu cantik dan lebih terisi.

Link1 comment|Leave a comment

sekali lagi muzik! [Oct. 28th, 2009|02:55 pm]
[Tags|]

lihat ini dulu. [see this first]

 

dan ini.....[and this one]



ok,ok...the first one is [alfarabi band] and the other one is our famous [yuna]

what say you?

and how about this one?




Bismillahirahmanir rahim.

first of all you can call me hypocrite if you want because i'm also listening to music but not as fanatic as you.  but heres my clear stand on music.

The Clear Evidence that Music is Haram

 

The Religion of Islaam has made clear the prohibition of Music, as is clear from the Qur'aan, ahaadeeth of the Messenger peace and blessings of Allaah be upon him and the understanding of the Companions may Allaah be pleased with them, when all three are taken together.
 

From the Qur'aan:

Allaah  says, what means:  "Do you marvel at this statement, and laugh and do not weep, while you amuse yourselves [proudly] in vanities ? Rather, prostrate before Allaah and worship Him [alone]." [Surah An-Najm (The Star) Verse  59 to 62 ]

According to Ibn Abbaas may Allaah be pleased with him, the word 'saamidoon' in this verse refers to the mushrikeen's habit of singing and playing music noisily whenever they heard the Qur'aan being recited, in order to drown out the reciters voice so that others wouldn't hear it.

Also, Allaah says (regarding Satan) what means: "'And excite any of them whom you can with your voice. Assault them with your cavalry and infantry, be a partner with them in their wealth and children, and make them promises.' But Satan promises them nothing except deceit." [Surah Al-Isra (The Journey by Night) Verse 64]

Some of the taabi'een such as ad-Dahhaak and Mujaahid interpreted Satan's exciting mankind with his voice to mean through the use of music, song and amusement. Ad-Dahhaak said it was the sound of wind instruments. However according to Ibn Abbaas may Allaah be pleased with him, the voice mentioned in the verse refers to every form of invitation which calls to the disobedience of Allaah the Exalted, which seems to be the most correct interpretation.

Finally, Allaah says what means: "And of mankind is he who purchases idle talks (i.e. music, singing, etc.) to mislead (men) from the Path of Allaah without knowledge, and takes it (the Path of Allaah, the Verses of the Qur'aan) by way of mockery. For such there will be a humiliating torment (in the Hell-fire)." [Surah Luqman (Prophet Luqman) Verse 6]

Ibn Masood may Allaah be pleased with him said about this verse "I swear by the One other than Whom there is no God that it refers to singing [ghinaa].", and he repeated this three times. Ibn Abbaas may Allaah be pleased with him said it referred to 'singing and the like' while Jaabir may Allaah be pleased with him is reported to view its meaning to signify singing and listening to songs. Many taabi'oon such as Mujaahid, Ikrimah, Mak-hool and Umar ibn Shu'ayb viewed it as a censure of music and song.

From the ahaadeeth of the Messenger peace and blessings of Allaah be upon him :
Contrary to the commonly held belief, there are a number of authentic narrations from the Prophetic Sunnah which clearly point to the indisputable fact that music, instruments, singing to accompaniment, etc. are objects prohibited by the Islaamic Sharia. The exceptions to this general rule are specific , limited types of innocent singing or chanting without any instrumental accompaniment or to the accompaniment of a simple hand drum (daff) on certain occasions designated by the sunnah.

Unfortunately, many Muslims entertain the misconception that all the ahaadeeth relating to music, singing and musical instruments are either weak (da'eef) or forged (mawdoo') - a position that is untenable.

The Narration of al-Bukhaaree:
The Prophet peace and blessings of Allaah be upon him said : "There will be [at some future time] people from my Ummah who will seek to make lawful fornication, the wearing of silk, wine drinking and the use of musical instruments [ma'aazif]. Some people will stay at the side of the mountain and when their shepherd comes in the evening to ask them for his needs, they will say : 'Return to us tomorrow'. Then Allaah will destroy them during the night by causing the mountain to fall upon them, while He changes others into apes and swine. They will remain in such a state until the Day of Resurrection." al-Jowhari, the author of the ancient dictionary 'as-Sihaah', asserts that ma'aazif signifies musical instruments, al-'aazif indicates one who sings, and the 'azf of the wind is its voice..

Az-Zabeedi also says that ma'aazif are instruments of leisure which are drummed upon or played, like the loot ('ood) , the drum (tanboor), the small hand drum (daff) or other such musical objects.

Ibn Hajar in Fathul-Baaree relates that 'azf is also used to describe singing (ghinaa).

This authentic hadeeth clearly establishes the prohibition of music and singing and this in itself is sufficient for the one who really wishes to see the Truth of the affair. However there are other authentic narrations on the subject that we quote below.

The Narration of Ibn Maajah :
The Messenger of Allaah peace and blessings of Allaah be upon him said : "A people of my Ummah will drink wine, calling it by other than its real name. Merriment will be made for them through the playing of musical instruments and the singing of female singers. Allaah will cleave the earth under them and turn others into apes and swine."
This hadeeth has also been narrated by al-Bayhaaqi and ibn Asaakir, and has been authenticated by the renowned scholar of hadeeth Ibn al-Qayyim.

Narrations of Ahmed bin Hanbal :
The Messenger of Allaah peace and blessings of Allaah be upon him said : "Verily Allaah prohibited wine, gambling and al-koobah; and every intoxicant is prohibited." Sufyan said : " I asked the narrator, Ali bin Badheemah, ' What is al-Koobah?' He answered, 'It is the drum'."

The Messenger of Allaah peace and blessings of Allaah be upon him said : "Verily Allaah has prohibited for my Ummah wine, gambling, a drink distilled from corn, the drum and the lute; while He supplemented me with another Prayer, the witr"

The Narration of Haakim and Others :
That the Messenger of Allaah peace and blessings of Allaah be upon him said : "Verily I did not prohibit weeping [per se], but rather I forbade two voices [sowtayn] which are imbecilic [ahmaq] and sinfully shameless [faajir]: one a voice [singing] to the accompaniment of musical amusement [lahw] and Satan's [wind] instruments; the other, a voice [wailing] due to some calamity, accompanied by striking of the face and tearing of garments. But this [weeping off mine] stems from compassion, and whosoever does not show compassion will not receive it."
This hadeeth is graded Hasan, and has been strengthened by other narrations.

The Narration of Abu Bakr ash-Shaafi'ee : Anas bin Maalik may Allaah be pleased with him related from the Prophet peace and blessings of Allaah be upon him that "two cursed sounds are that of the [wind] instrument [mizmaar] played on the occasion of joy and grace, and woeful wailing upon the occurrence of adversity."

These narrations should prove sufficient to show the illegality of music and singing to musical accompaniment to the one "has a heart or gives ear while he is heedful." [Surah Qaf Verse 37].

From the statements of the Companions may Allaah be pleased with them :
The Sahaabah may Allaah be pleased with them were the best people after the Messenger of Allaah peace and blessings of Allaah be upon him, and best understood the deen of Islaam as they understood it directly from the Messenger peace and blessings of Allaah be upon him. The ijmaa' (consensus) of the Sahaabah may Allaah be pleased with them is therefore binding upon the Muslim Ummah, as is the complete consensus of any generation of scholars on a certain religious issue.

The Companions may Allaah be pleased with them unanimously agreed upon the prohibition of music and song but allowed particular exceptions specified by the authentic sunnah.

In the preceding sections we have already quoted some of the Sahaabah such as Ibn Masood and Ibn Abbaas may Allaah be pleased with them. This was also the view of the Four Rightly Guided Khulafaa and the fuqahaa from amongst the Sahaabah may Allaah be pleased with them.

-islaamnet.com
 

khas untuk ummat melayu di tanah gagasan satu malaya.

anda kenal siapa diri anda. siapa yang poyo dan siapa yang jahil. hak untuk mendengar muzik terletak di tangan anda. betul. tapi pernahkah anda berfikir apa yang anda dengar,lihat dan ikuti perkembangan tersebut membuatkan anda alpa. anda, adalah apa yang anda dengari. seorang mat bunga tak akan menikmati lagu metal. seorang kaki botol tak akan dengar lagu nasyid. siapakan "pendengar" lagu di atas ini?sasaran dan seruan dakwah di "string" gitar mana yang menyentap ruh-ruh yang tidur untuk bangkit berjihad? siapakah yang tergetar hatinya mendengar muzik selain ayat-ayat tuhan?

berapa ramailah sangat orang yang "kembali" pada tuhannya sebab dengar lagu. kah kah kah....

LinkLeave a comment

sekolah untuk masa hadapan. pt-2 [Oct. 19th, 2009|05:11 pm]
[Tags|]

aku terjumpa video sekolah. untuk perspektif.

rasakan.





Link5 comments|Leave a comment

sekolah untuk masa hadapan. [Oct. 17th, 2009|03:04 pm]
[Tags|]

بسم الله الرحمــــــــــــــن الرحيـــــــــــــــــــــــــــــــم

Buat ibu-ibu dan bapa-bapa yang mula memikirkan sekolah yang terbaik bagi anak mereka pada tahun hadapan, hayatilah cerita di bawah. ini adalah sebahagian daripada promosi yang aku cadangkan demi kebahagiaan bersama. kita semua mahukan keseimbangan dalam kehidupan. pelaburan terhadap anak-anak adalah lebih bernilai daripada pelaburan Forex ataupun MLM. pelaburan ini bakal dikongsi bersama bahkan potensi untuk terus untung selama-lamanya dijamin oleh tuhan insya-allah. selebihnya usaha dan tawakkal.

sidang pembaca blog sekalian,
adapun aku bukan seorang yang sudah bergelar suami ataupun bapa, maka orang ramai akan beranggapan bahawasanya poyolah aku dengan kata-kata aku. tetapi, sebagai seorang anak, akupun bukanlah yang terbaik juga. maka sayugialah kamu semua mendengar cerita lapuk aku masa dahulu.

semenjak dari dahulu, aku seorang yang suka merewang-rewang dalam pemikiran. itu adalah asas kepala otak aku. merewang dan berangan adalah satu tahap di mana sebelum proses kontemplasi berlaku. oleh kerana rumah aku tiada 'kotak ajaib' bernama TV (dalam bahasa modernnya), maka aku habiskan masa untuk merewang,melukis dan membaca. (sila ikuti turutan, membaca adalah hobi aku yang paling akhir dan paling sedikit aku lakukan).

alhamdulillah aku dikurniakan seorang bapa yang baik dan lurus. dalam kehidupan kami sekeluarga, banyak corak-corak yang kami dapat rasai berbanding dari keluarga biasa. aturan bapa aku sering melakarkan idea-idea yang bernas yang terlekat di benak sereburum aku. walaupun tidak diaplikasi pada waktu itu, tapi hari ini aku sudah nampak tanda-tandanya.

pada penghujung tahun 1999, aku ditawarkan oleh bapa aku untuk menyambung pelajaran di kelantan. namanya Maahad Al-Manar. maka aku, tanpa membantah bersetuju untuk mendaftar di sekolah tersebut....(tanpa memikirkan bagaimana sekolah tersebut). pada hari pendaftaran, kami harus menduduki beberapa ujian, ini kerana sekolah ini betul-betul mahukan pelajar yang berkualiti (selain daripada ibu bapa yang mampu [banyak duit] dan otak yang cerdik [syarat kemasukan adalah 5A-UPSR])

aku teruja sebab syarat kemasukkan tersebut seolah-olah syarat sekolah berasrama penuh, walhal ianya cuma sekolah maahad (arab) yang biasa. pada hari pertama kelihatan pelajar-pelajar yang jelas kesungguhan mereka di dalam mencari ilmu. aku yang pada ketika itu masih lagi bermain-main, merasa sedikit kekok.

pada waktu itu, aku sepatutnya berada di tingkatan 3 dan kemudian diturunkan pangkat ke tingkatan 1 oleh kerana silibus yang berbeza. jadi, benganglah hati ketika itu. memikirkan yang aku terlambat dua tahun dengan teman-teman lama. apapun, terlampau banyak rungutan aku kepada bapa aku. akan tetapi....

sekolah tersebut medium bahasanya adalah bahasa arab.guru-gurunya berbahasa arab lancar dan fasih. deeniah (ilmu islam) diutamakan. silibus kerajaan tidak ditinggalkan. tahfiz (hafalan) al-quran secara bersistem dan kawan-kawan yang sangat membantu.
ceritalah mengenai kehebatan bekas sekolah aku ni. maka,jikalau kami didapati bertutur di dalam bahasa selain daripada bahasa arab, kami akan didenda 200 kali ketuk ketampi. jikalau kami lambat menghafal, kami di rotan. jikalau kami tak botak kepala, kami dirotan. kalau kami lambat ke kelas, kami dirotan. secara keseluruhan, kami memang fasih bertutur di dalam bahasa arab selepas setahun.

serba-serbi di atas membuatkan kami kental. guru-guru saling menasihatkan, cara terbaik untuk menghafal adalah dengan menjauhi maksiat. kurangkan mendengar muzik (termasuklah nasyid kontemporari [alat muzik]). jangan bercakap perkara lagho (kosong). jangan terlampau banyak gelak. jangan menjalinkan hubungan dengan bukan mahram. semuanya itu memang satu cubaan yang sangat kuat bagi seorang anak muda yang bergelar pelajar. inilah tempoh masa mahu mencuba segalanya. kata orang, jerawat baru nak tumbuh, hormon tidak stabil dan jiwa sentiasa memberontak. heh. layankan lagi teori barat yang bodoh lagi menyesatkan.

ada satu masa, aku benar-benar mengaplikasikan saranan guru-guru seperti di atas tadi. terasa satu getaran ketenangan. bangun di awal pagi menghadap kitab suci. solat mengikut waktu. zikir pagi dan petang tak pernah lekang. bersukan dan belajar sama naik perginya. aku benar-benar rasa seperti orang beriman ketika itu. aku rasa benarlah kenikmatan selama setahun di situ, adalah setahun yang terbaik dalam hidupku.

realiti senario di malaysia hari ini sangat menduga. ibu bapa yang mahukan anak yang cemerlang dari sisi dunia dan akhirat, perlulah lebih fokus kepada aspek pendidikan anak-anak. benar, satu masa pelajar yang berjaya menghafaz al-quran, tentunya bukan calang-calang orang. pastinya rumus matematik menjadi mudah. bahasa menjadi tajam dan kritis. dengan hadith-hadith yang pada awalnya dihafal buta, hari ini menjadi dalil meneruskan kehidupan. suasana kampung di persekitaran sekolah melatih minda mentadabbur alam dan menyengat otot-otot  serta membesi urat belikat.

akhir sekali, teman-teman sekelas ramai yang telah mencapai tahap yang mereka inginkan. ramai di kalangan kami yang melanjutkan pengajian ke timur tengah di dalam pelbagai jurusan agama. tak kurang juga di jepun dan eropah. yang mengambil bidang perubatan di timur tengah dan malaysia.

ingatlah, nabi sollallahualaihiwassalam bersabda : “Apabila mati seseorang anak adam, terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, Ilmu Yang Bermanfaat dan Anak Yang Soleh Yang Mendoakannya” [soheh bukhari]

allah melihat usaha anda untuk melakukan yang terbaik. jangan fikirkan sangat pelaburan anda terhadap anak-anak membebankan keluarga.anda tak mampu menipu allah. allah maha mengetahui segala sesuatu di dalam hati anda. jikalau anda sayangkan anak anda kerana takut dirotan cikgu, sayanglah jikalau anak anda dipukul malaikat di dalam kubur. jikalau anda takut berjauhan dengan anak anda, takutlah dia berjauhan dengan tuhan. jikalau anda takut anak anda dibambu di sekolah, takutlah dia menjadi bahan bakar api neraka.

aku tidak menjamin anak anda akan keluar seperti malaikat bila tamat sekolah. pendidikan bermula daripada rumah dan sedikit bantuan dari sekolah. hasil yang akan tercorak pada anak-anak adalah dari pena ibu bapa. tautan hati dan kasih sayang dalam keluarga, menjadi titi untuk mengeratkan lagi hubungan dengan tuhan.


untuk maklumat lanjut, Maahad Al-Manar telah membuka pendaftaran untuk tingkatan 1 sesi 2010. sila tinggalkan email di bahagian komen untuk mendapat info dan borang.

wallahu'alam.
Link5 comments|Leave a comment

cuti [Oct. 14th, 2009|01:22 pm]
[Tags|]

cuti dan cuti dan cuti semakin tiba. baru habis raya puasa, deepavali pula. kemudian raya haji.kemudian hari kebangsaan Qatar. kemudian krismas dan akhir sekali tahun baru.

Isu kongsi raya sememangnya bukan perkara baru dan telah pun banyak diperkatakan oleh kepimpinan kita. Namun, hari ini kita cuba untuk melihat isu ini dari sudut pandangan yang sedikit berbeza dengan harapan suatu anjakan paradigma yang lebih agresif dapat dilakukan atas kepentingan dakwah dan juga politik Islam. Dalam penulisan ini, sebahagian kecil sahaja pandangan yang melarang dan mengharamkan sambutan hari raya bagi kaum lain akan ditampilkan manakala pandangan yang membenarkannya akan lebih diperbincangkan dengan serius.

Beberapa Pandangan yang Melarang

Jawatankuasa Syariah Negeri Perak yang telah bersidang bagi kali ke-162 pada 19 Muharram 1425 bersamaan 11 Mac 2004 yang lalu telah mengeluarkan fatwa bahawa umat Islam adalah dilarang sama sekali menyertai sebarang perayaan agama lain, dalam apa jua bentuk yang dirayakan orang-orang bukan Islam di negeri ini.

Bergabung dalam perayaan orang bukan Islam adalah haram. Sebab hal itu termasuk sikap tolong menolong dalam perbuatan dosa dan pelanggaran. Padahal Allah telah berfirman:

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Al-Maidah:2).

Ibnul-Qayyim di dalam bukunya yang bertajuk Ahkamu Ahlidz-Dzimmah, 1/205 menyebut bahawa:

“Menyampaikan ucapan selamat terhadap syiar-syiar kekufuran yang bersifat khusus adalah haram menurut kesepakatan ulama, seperti ucapan saat perayaan atau puasa mereka: “Selamat atas hari rayamu, semoga diberkati”, ataupun ucapan-ucapan lain yang senada meskipun yang mengucapkannya bisa selamat dari kekufuran, tetap saja hal itu merupakan sesuatu yang diharamkan. Ini setaraf dengan ucapan selamat atas sujud mereka kepada salib, dan masih banyak hal lain yang menyangkut masalah agama.”

Fatwa MUI (Majlis Ulama Indonesia yang dipengerusikan oleh Bung Hamka) pada tarikh 7 Mac 1981 juga telah mengeluarkan fatwa HARAM umat Islam Indonesia merayakan bersama perayaan Hari Krismas atau Natal kerana perayaan itu adalah ibadah dan bercanggah dengan aqidah umat Islam. Yang jelas haram menurut Prof Hamka dan Majlis Ulema Indonesia ialah kita turut serta merayakan perayaan sambutan yang ada unsur ibadah dan akidah secara redha dan bertambah haramlah jika kita menyambutnya di tempat yang dianggap rumah peribadatannya.

Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli Majlis Fatwa Kerajaan Arab Saudi. Beliau berpendapat hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti Hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam. Alasan beliau kerana hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam disuruh supaya tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Barangsiapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripada golongan mereka - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).


Melihat Dengan Kacamata Lain Dan Keperluan Semasa Gerakan

Sebenarnya hubungan antara muslim dengan bukan muslim ialah di atas dasar ta’aruf (perkenalan); ta’awon (tolong-menolong), birr (kebaikan), dan adil; Dalil: al Hujurat:13; Mumtahinah:8

Islam juga menggalakkan kita berhubung di atas dasar musalamah ( perdamaian); mu’asyarah (pergaulan mesra); mu’amalah bil husna (bermasyarakat secara baik); tabadulul maslahah (win-win relationship); dan ta’awon (bekerjasama di atas kebaikan). (Ruj: Sayyid Sabiq: Fiqh Sunnah, Vol2)

Nabi Muhammad S.A.W juga pernah berhubung dan berkomunikasi dengan golongan bukan Islam. Sirah telah melakarkan bahawa baginda pernah meminta bantuan militeri terhadap bukan Islam, pernah memberi kepada bukan Islam harta rampasan perang (ghanimah), pernah berperang bersama dengan orang bukan Islam (Safwan Umaiyah dalam perang Hunain), baginda bertukar-tukar hadiah dengan bukan Islam, Rasulullah memenuhi undangan bukan Islam, pernah berkahwin dengan perempuan mereka (kaum Qibti) dan Rasulullah S.A.W juga bangun menghormati jenazah bukan Islam (ruj: Qardhawi: halal dan haram).

Berdasarkan perkara di atas, marilah kita cuba memperhalusi isu ini mengikut keperluan semasa dakwah dan juga politik Islam kita. Hari ini kita semua hidup dalam suasana masyarakat yang terlalu majmuk dengan adanya orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut, Kedayan, Sakai, Serani dan sebagainya yang tidak mahu saya tuliskan semuanya di sini. Dan, mereka ini juga menganuti dan mengamalkan ajaran masing-masing yang banyak antaranya adalah bertentangan dengan Islam itu sendiri.

Lantas, sebagai sebuah gerakan Islam yang dinamik dan berkomitmen tinggi dalam meninggikan syariat Allah di muka bumi ini, kita haruslah lebih bijak dalam menangani perhubungan dan persefahaman antara kaum yang ada di negara ini.

Kepimpinan Kita Perlu Menunjukkan Sifat Toleransi

Kedudukan hukum akan berubah apabila melibatkan pemimpin negara dan juga pemimpin masyarakat. Bagaimana mungkin apabila tiba musim perayaan bagi orang Islam, maka cuti dan juga pelbagai acara diatur bagi memeriah dan menghidupkannnya. Sedangkan apabila tiba musim perayaan agama dan kaum lain, mereka dibiarkan begitu sahaja. Sudah pasti akan timbul fitnah dan rasa kurang senang (baca: tidak puas hati) kepada kerajaan yang memerintah. Bukanlah maksudnya kerajaan Islam perlu mengadakan perayaan yang bersifat besar seperti perayaan kita, tetapi tadbirlah ia dengan seadil dan selayaknya.

Apabila ada unsur kejiranan, umpamanya teman sepejabat yang mengadakan rumah terbuka dan menjemput kita, maka haruslah kita juga melihatnya sebagai suatu peluang untuk mendekati mereka dan seterusnya menyampaikan dakwah kepada keluarga mereka. Fitnah akan timbul jika si muslim tidak mengunjungi jirannya sempena hari perayaan mereka. Ini semua perlu diambil kira apabila ia masuk bab maslahat dan menolak mudharat.

Syarat mengunjungi perayaan rumah terbuka ini ialah kita kena menjaga hati supaya tidak redha dengan kekufuran agama mereka. Jadi hukum umat Islam mengunjungi perayaan tidaklah sama untuk semua orang dan untuk semua perayaan; ia berubah mengikut jenis perayaan itu.

Dalam surah An Nisaa ayat ke-36 dijelaskan maksudnya:

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh….”.


Maksud tetangga yang dekat iaitu tempat tinggalnya berdekatan ataupun tetangga yang masih ada hubungan kerabat atau nasab ataupun sama-sama beragama Islam. Sedangkan tetangga jauh maksudnya adalah tetangga yang tidak mempunyai hubungan kerabat, jauh tempatnya atau berlainan nasab mahupun agama. Jadi dengan tegas Allah menyuruh kita menghormati tetangga baik sesama muslim mahupun yang bukan muslim (kafir).

Dalam hadis yang diriwayatkan Al Bazza sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

“Tetangga itu ada tiga macam. Tetangga yang mempunyai satu hak iaitu tetangga yang terdekat haknya. Tetangga yang mempunyai dua hak dan tetangga yang mempunyai tiga hak iaitu tetangga yang paling utama haknya. Tetangga yang mempunyai satu hak adalah tetangga musyrik yang bukan kerabatnya. Ia hanya mempunyai hak sebagai tetangga. Tetangga yang mempunyai dua hak adalah tetangga muslim iaitu yang mempunyai hak sebagai orang Islam dan hak sebagai tetangga. Sedangkan yang mempunyai tiga hak adalah tetangga muslim yang masih ada hubungan keluarga, dia mempunyai hak sebagai tetangga, hak sebagai orang Islam dan hak sebagai keluarga”.

Menurut Imam Al Qurthubi;

“Berbuat baik kepada tetangga adalah perkara yang diperintahkan dan dianjurkan, baik terhadap orang muslim ataupun kafir. Berbuat baik itu ertinya memberikan pertolongan, bergaul dengan baik, membelanya jika ada gangguan dan ancaman”.

Bahkan dalam hadis Rasulullah juga ditegaskan tidak beriman seseorang itu jika ia mengganggu tetangganya. Begitu indah ajaran Islam dalam menjalinkan hubungan antara sesama manusia di dunia ini. Tidak kiralah apakah mereka tergolong orang-orang muslim ataupun orang-orang kafir.

Begitu jelas bahawa ajaran Islam menghormati dan menghargai setiap insan, maka tidak benar anggapan yang mengatakan bahawa Islam tidak menghormati hak orang yang bukan Islam.

Sesungguhnya umat Islam dibolehkan untuk bekerjasama dan bergaul dengan umat agama lain dalam masalah-masalah yang berhubungan dengan masalah keduniaan.
(Sila rujuk surah Al Hujarat ayat 13, Surah Luqman ayat 15 dan surah al-Mumtahanah, ayat 8)

Bagaimana dengan ucapan sempena perayaan mereka?

Dr. Abdul Hayei bin Abdul Sukor menyebut bahawa;

“mengucap tahniah kepada kaum bukan Islam sempena hari-hari kebesaran agama mereka seperti hari Krismas, Deepavali, Thaipusam dan sebagainya, termasuk antara masalah furu’ (cabang) dalam akidah Islam yang diperselisihkan antara ulama pada zaman ini. Perselisihan pendapat antara ulama mengenai hukum itu, pada hemat saya berpunca daripada tasawwur yang kurang jelas terhadap maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum Islam yang dikemukakan itu. Jika maksud pengucapan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran kaum bukan Islam dan berkasih sayang dengan mereka atas nama agama, maka sememangnya haram dan sama sekali tidak boleh dilakukan”.

Namun, sebenarnya, jika maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum bukan Islam itu tidak lebih daripada hanya ikut bercuti pada hari itu, dan juga dengan niat untuk membalas ucapan selamat Hari Raya yang diucapkan terdahulu, atau hanya memperlihatkan rasa senang dan gembira hati dengan berkongsi kegembiraan mereka berhari raya, maka beliau berpendapat pengucapan seumpama ini tidak termasuk dalam hal-hal akidah yang sekali gus menunjukkan rela hati terhadap agama dan kepercayaan mereka.

Khusus bagi kaum kafir yang tidak memusuhi Islam, telah disebutkan dalam perenggan yang sebelumnya yang mana Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Mumtahanah, ayat 8 iaitu Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu.

Kita juga perlu mengambil kira hubungan kemanusiaan dalam isu ini, seperti mana bidang-bidang kemanusiaan lain, kita tidak dilarang mengadakan hubungan baik dengan bukan Islam. Hubungan yang langsung terputus dengan sendirinya tidak memberi laluan kepada pendakwah untuk menyatakan kebaikan Islam kepada mereka, sedangkan agama ini adalah agama dakwah, agama damai dan selamat. Perang hanya berlaku apabila dakwah ditolak, jalan-jalan damai tidak wujud lagi kepada pendakwah tegas Dr. Abdul Hayei.

Perbuatan seperti memasang lampu warna-warni di keliling rumah, menghias rumah dengan pokok Krismas, menyertai perarakan Hari Deepavali dan lain-lain adalah jelas keharamannya kerana amalan ini ada hubungan terus dengan akidah. Akan tetapi, jika mereka dengan sudi telah menghulurkan makanan pada hari itu dan kita terimanya dengan baik hati, serta mengucapkan terima kasih kerana hadiah yang diberi mereka, maka tidak ada sebab untuk kita menolaknya kerana mereka mungkin akan terasa hati dan fitnah akan timbul ke atas kita iaitu tidak meraikan perpaduan nasional dan juga bersifat toleransi.

Pandangan Ulama Terkemuka Yang Lain

Dr. Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat: Jika kaum bukan Islam memulakan ucapan selamat Hari Raya mereka kepada kita, maka kita juga harus membalas ucapan yang serupa kepada mereka, kerana ini tidak lebih daripada hanya mewujudkan rasa simpati antara satu sama lain. Ia tidak bermakna bahawa kita telah merelakan agama dan kepercayaan terhadap Isa Maryam sebagai Tuhan dan lain-lain pemujaan.

Al-Qaradawi memberi beberapa alasan, antaranya: Islam tidak melarang kita berbuat baik terhadap ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita. Kita harus berbuat baik kepada mereka, sebagaimana mereka berbuat baik kepada kita. Ayat 8 dalam surah al-Mumtahanah yang dikemukakan terdahulu dijadikan hujah.

Menurut al-Qaradawi lagi, bidang-bidang kerjasama antara Islam dan bukan Islam seperti bidang teknikal, ketukangan dan lain-lain masih terbuka. Bahkan Nabi s.a.w. pernah menggunakan kepakaran seorang Yahudi bernama Abdullah Ibn Urayqit sebagai penunjuk jalan ketika baginda berhijrah ke Madinah.

Peranan Abdullah ini sangat besar, ada kemungkinan jika dia berniat jahat pada ketika itu, kesannya boleh menggagalkan strategi hijrah atau jika dia mengambil kesempatan menipu, maka sudah pasti kesannya sangat buruk kepada Islam dan dakwah, namun baginda tetap menggunakan juga khidmat kepakaran Yahudi yang bukan Islam itu.

Sebagai kesimpulan, Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat harus bagi kita mengucapkan tahniah dan selamat Hari Raya seperti hari Krismas kepada kaum bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini.

Kesimpulan

Dalam era baru gerakan Islam di Malaysia, adalah menjadi keperluan kepada kita untuk memahami suasana masyarakat yang terlalu variasi agama dan kepercayaannya. Memang menjadi hasrat kita untuk memupuk perpaduan antara kaum dan agama, namun tidaklah bermakna kita harus menafikan bahawa wujud perbezaan-perbezaan mutlak antara agama. Sebaliknya, dengan kita lebih memahami perbezaan inilah maka kita akan lebih hormat-menghormati antara satu sama lain dan kita akan lebih berjaya mendekati mereka seterusnya menyampaikan dakwah Islam dengan lebih berkesan.

Tidak boleh dinafikan lagi bahawa perayaan-perayaan besar yang ada di negara kita ini adalah merupakan perayaan-perayaan yang bersifat agama. Perayaan mereka melambangkan anutan mereka. Apa yang harus kita fahami adalah kita sama-sama meraikan perayaan itu bukan kerana ’sebab’ perayaan itu berlangsung, tetapi yang kita kongsi ialah kegembiraan. Oleh sebab itu, apabila satu pihak mengucapkan selamat dan tahniah kepada pihak yang lain yang dimaksudkan ialah kegembiraan itu, bukan sebabnya. Sekiranya ini difahami dengan baik tidak akan timbul sebarang keraguan atau perasaan yang bukan-bukan.

baiklah.
kesemua di atas ini bermula dari perenggan kedua adalah hasil penulisan seorang hamba Allah di dalam sebuah blog yang saya ambil setelah saya meneliti kesemua perenggan tersebut.

kesimpulan yang paling mudah untuk kita lakukan adalah tidak mengucapkan terlebih dahulu 'selamat' terhadap agama lain. ini kerana 'Izzahnya (PRIDE)  agama yang kita anuti. bukan nak mendabik dada di kalang agama-agama lain. "Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya." [19:3]

maka, yang lebih awla (prioriti) di dalam bab ini adalah merujuk kembali di mana tahap aqidah kita sebelum terjun ke dalam cabang-cabang yang lain. ini kerana proses kehidupan kita pada hari ini adalah rangkuman masyarakat majmuk. walaupun Qatar adalah negara Islam dan penduduk asalnya adalah arab, kita dapati bahawa 70% daripada penduduk keseluruhan adalah warga asing. ketegasan yang ditunjukkan oleh jati diri arab sangat-sangat membuatkan kita terfikir. bagaimankah cara dakwah yang selayaknya. kita yang sering-sering berlumba untuk mengucapkan terlebih dahulu tanpa memetik sedikitpun dasar kita; (al-quran dan sunnah). meniliti ayat di atas yang menyeru kepada 'berbuat baik kepada manusia yang lain' di dahulukan dengan 'sembahlah Allah'.mulakan dengan foundation yang kuat di dalam diri kita dengan mengenali Islam terlebih dahulu.selanjutnya,hal-hal sebegini tidak menjadi masalah.jika tidak, yang tinggal hanyalah omongan kosong yang menjadi ucapan biasa seperti "selamat pagi". yang mungkin tidak membawa makna sedikitpun.

terpulang kepada pembaca untuk menilai yang selayaknya.

Wallahu’alam.
LinkLeave a comment

al-aqsa,al-aqsa,airmatamu berjuang. [Oct. 13th, 2009|04:10 pm]
[Tags|]
[Current Location |doha]

<input ... >
OBAIDA AL-QUDSI (SYAHID UIAM)
OBAIDA AL-QUDSI merupakan pelajar UIAM telah memperoleh SYAHID di bumi kelahirannya, PALESTIN. Pada 26 Ogos 2009, Obaida memperoleh syahid saat dalam perjalanan ke Masjd Ibrahim, Hebron. Semasa berjalan, beliau telah ditembak oleh tentera Israel dgn menggunakan 4 "explosive bullet", 2 pada badan dan 2 pada kakinya. ambulan telah dihalang untuk menolongnya saat darahnya bergenangan membasahi bumi, lebih 30 minit beliau dibiarkan terlantar. tak cukup dengan itu, tentera Israel turut memukulnya tanpa belas kasihan. selepas itu, beliau dibawa ke Hospital Israel dan koma. beliau ditahan di hospital itu selama 3 minggu. tiada seorng pun dibenarkan melawat/ melihat Obaida di hospital termasuk ibu bapanya sehinggalah saat beliau menghembuskan nafas terakhirnya...



Sedikit biodata berkenaan Obaida. Nama penuhnya Obaida Maher abdul Mu'ti AlQudsi Dwaik. dilahirkan pada tahun 1984 di Hebron, Palestine. merupakan pelajar bachelor of communication dan journalism, UIAM.

RENUNGAN

1) "syahid" adalah kurniaan ALLAH bagi hambanya yang terpilih sahaja. umurnya 25 tahun saat ALLAH mengurniakan syahid baginya. umur kita saat muda ini masih bermain2 dgn kehidupan kita. teringat slogan pak hasan al-banna " mati di jalan ALLAH cita2 tertinggi kami!"

2) Tentera Israel takkan berhenti melakukan kekejaman...

3) Apa peranan kita?

*sekadar berkongsi rasa setelah menghadiri majlis memperingati syuhada uiam anjuran al-aqsa friends' society
 

*kepada yang lain: apalah nasib kamu semua mati di atas katil atau dijalan raya. baiklah mati di mata pedang atau dibaham peluru kencang.
LinkLeave a comment

kuiz facebook. [Oct. 10th, 2009|08:45 am]
[Tags|]

بسم الله الرحمن الرحيم

إن الحمدالله نحمده !

kali ini betul-betul memanggil aku untuk menulis dengan lebih serius dan berfakta.

masih lagi di dalam urusan facebook yang semakin menggila. saban hari makin ramai ummat islam menjadi pengguna facebook. walaupun peluang untuk mengajak kebaikan masih banyak di dalamnya, usaha keburukan pastinya lebih banyak. lalu, apakah punca perkara keburukan yang masih menjuarai kebaikan?

tak lain dan tak bukan semuanya hanya kerana kalah dengan hawa nafsu, cetek ilmu, jahil, malas mencari, dan sifat lagho (bersahaja buang masa) menebal dalam diri masing-masing. aku terlebih dahulu menulis di dalam entry yang sebelum ini mengenai facebook. perkara-perkara remeh yang aku bualkan mengenai matlamat manusia dalam tujuan apapun sekali. aku yang dahulunya menyeru supaya kita sebagai ummat islam meletakkan tuhan sebagai matlamat. diletakkan usaha di dalam apajua perbuatan,amalan dan tindakkan bahawasanya tuhan itu maha melihat dan maha menilai. sesungguhnya hati manusia itu sentiasa berbolak balik. senang telangkup.

aku sering mengutuk mereka yang selalu mengambil atau menjawab kuiz yang bodoh lagi bangang. masakan tidak atau suka-suka saja mengambil kuiz. tentulah dengan tujuan menduga sejauh manakah aku mampu pergi?. bahasa mudahnya untuk orang kurang cerdik ialah "apa potensi aku jawab kuiz ni?" dan bila dapat jawapan lalu ditekan butang "publish" atau siarkan, maka dengan otomatiknya akan terpapar di dalam "page" "newsfeed" manusia lain. lalu apabila ruangan tersebut dipaparkan ke dalam "page" aku, maka menyumpah seranahlah aku melihat kebodohan manusia.

sekali lagi aku meminta maaf atas penggunaan bahasa yang kasar dan akan datang lagi bahasa yang lebih kesat. bagi manusia yang sering leka, dia perlu diherdik dengan keras supaya tersentap seluruh urat-urat syirik yang membelenggu jantung mereka. mari meneliti sebuah hadith , "Ketahuilah bahwa dalam jasad manusia itu ada seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad itu dan apabila ianya rosak, maka rosaklah seluruh jasad itu. Ketahuilah itulah jantung"  (muttafaqun 'alaih)

menerusi hadith tersebut, telah ramai manusia di malaysia tahu dan sedar bahawa itulah "hati". jangan buang masa berdebat dengan aku itu hadith "hati". kalau nak pandai cari sendiri syarah hadith tersebut dan mahirkan diri dengan bahasa arab. kemudian lengkapkan diri dengan nahu dari al-quran. tak perlu banyak, anda hanya perlu iman (yakin dan percaya). tidak bertaqlid buta dan sentiasa mencari.

dua perenggan di atas hanyalah perenggan mencari gaduh dengan hati anda. pastikan anda tahu dengan hanya melihat dua perenggan di atas, hati anda terusik oleh papan kekunci aku. itulah hati dan jantung.

mari masuk lagi ke dalam ruang "kecerdikan" manusia. anda tahu bagaimana kuiz-kuiz ini dibuat?anda tahu bagaimana program latih tubi memberi kesan ke dalam diri manusia?anda tahu bagaimana iklan berfungsi di dalam mempengaruhi diri manusia?anda tahu maksud syirik tu apa?anda tahu tuhan berada di mana?

kalau anda tak mampu menjawab soalan-soalan di atas, anda tahu anda berada di tahap mana. bagaimana sesuatu perkara yang wajib manusia ketahui dan penting bagi dirinya untuk menjawab kuiz-kuiz Allah di akhirat kelak, tidak diambil endah di dunia. manusia seperti aku yang hebat ini dan manusia yang hebat juga seperti anda, yang dicipta oleh Allah, tidak kenal akan tuhannya. tidak tahu apa yang penciptanya mahukan pada dirinya.

berdasarkan soalan-soalan kuiz yang dicipta di dalam facebook tersebut mempunyai beberapa jenis. jenis yang pertama jenis rawak bangang. keputusan kuiz tersebut bergantung di dalam salah satu jawapan yang anda jawab. contohnya kuiz "siapakah bakal suami anda?". di dalam soalan-2 pada kuiz tersebut berbunyi : " anda mahukan suami yang : a) pandai mebuat perabut b) menjahit baju c) melindungi anda d) pandai memasak. -----------------------> dari soalan-soalan tersebut, anda boleh mengagak apakah jawapannya. a) engineer b) fashion designer c) karate master dan d) tokey mapley. baiklah, jenis kuiz yang kedua adalah berdasarkan "kumpulan" jawapan. menyesuaikan jawapan yang anda pilih daripada beberapa soalan tadi dan mengeluarkan keputusan seperti jawapan yang anda telah jawab.

ada juga kuiz "nama,tarikh lahir dan cinta". ala-ala horoskop. telah ditulis dan difatwakan oleh beberapa orang ulama tersohor mengenai perkara ini. horoskop berdasarkan bulan-bulan islam dan sebagainya. ianya juga masih sama. personaliti diukur bedasarkan kajian "pakar" (kononnya) yang membuat survey terhadap "kajian-kajian"nya tanpa sebarang dalil atau nas yang kukuh di sisi islam. kononnya berdasarkan hasil kolektif yang dibuat. lihatlah hadith ini supaya jelas untuk anda yang cetek pengetahuan ini memahami : Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi SAW, beliau bersabda, ”Barang siapa yang mendatangi tukang ramal lalu membenarkan apa yang dikatakannya maka ia telah kufur apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW.” (agama Islam) (HR Abu Daud, Bukhori, Ahmad dan Tirmidzy) dan lagi:

Rasulullah SAW bersabda
, “Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal, kemudian ia bertanya kepadanya tentang sesuatu hal dan membenarkan apa yang dia katakan, maka sholatnya tidak akan diterima selama 40 hari.” (HR Muslim 4/1751)
Buat seorang muslim, ramalan itu haram hukumnya untuk dipercayai, bahkan tetap haram walau sekedar bertanya kepada ahli "pakar" tanpa mempercayai ramalannya. Horoskop juga bukan untuk dibuat main-main dan tetap diharamkan meski kita bertanya sekedar untuk main-main belaka.


hah, tentu kamu yang kurang cerdik ini jawab : "ala...sapa caye dowh menda ni. saje suka2 je.nk isi masa kosong dsb". di dalam bab aqidah, tiada istilah "main-main batal iman". sekali syirik atau kufur, pastinya perlu diperbaharui iman dan islamnya. sebab apa perkara ini aku kaitkan dengan aqidah. ini sebab perkara tergolong dalam mempercayai sesuatu penetapan selain daripada ketetapan Allah. aqidah ialah dasar agama dalam semua perkara. tanpa aqidah yang benar, tidak diterima amalan anda. solat,zakat,sedekah,zikir,iktikaf,istinjak dan sebagainya.

ini adalah garisan yang perlu diambil berat bagi mereka yang menggelar diri mereka muslim. siapa yang tak rasa dia bukan islam, terpulang. kajian yang saya maksudkan tadi, kononnya dibuat oleh "pakar" . lihatlah ayat ini dan nilai siapakah yang lebih pakar!: "Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa. Sesungguhnya berjayalah orang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya dengan sebab kekotoran maksiat “ jiwanya” (surah Asy-Syams:7-10).

“Kemudian Kami jadikan al-Quran itu diwarisi oleh orang yang kami pilih dari kalangan hamba kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran al-Quran), dan di antara mereka ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului orang lain dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah. Yang demikian itulah limpah kurnia yang besar dari Allah semata-mata” (surah Fathir:32).

mahukah anda satu kuiz yang menilai siapakah anda berdasarkan kiraan tarikh lahir. dan kemudian jawapannya ahli neraka atau ahli syurga. pastinya anda merasa marah walaupun anda cetek ilmu islam. samalah perkiraan yang di atas tadi. jikalau horoskop anda meramalkan bahawa anda ini seorang yang memberontak dan jiwa bebas atau "tidak boleh bekerja di bawah orang lain". dan ini akan menyebabkan keputusannya ialah ahli syurga atau ahli neraka.samalah.keputusan kepada kuiz ini serba sedikit mempengaruhi anda di dalam menyesuaikan hidup anda menuju akhirat.

latih tubi dan iklan sangat berkesan ke atas diri manusia yang lemah seperti anda. jikalau anda bosan dan sahaja mengambil kuiz yang mengarut, secara berulang-ulang, pastinya anda terkesan denga izin-Nya.lihatlah manusia hari ini. cuba anda fikirkan mengapa ada iklan bangang yang keluar berulang-ulang seperti "iklan ringtone panas" dengan kadar bayaran RM4.00 satu ringtone. ini semua kerana masih ada yang melanggan atau membeli. lihatlah betapa bodohnya manusia. aku yakin kamu semua bijak. jangan tayangkan karat di celah kangkang lagi.

hati masih selesa dengan kuiz?lihatlah ketagihan anda.
pastinya anda masih mahu main lagi. tanya sama diri anda apakah tuhan itu tak ambil peduli perkara sekecil-kecil kuiz facebook?
sekarang anda mungkin tidak percaya atau main-main.bila dah percaya nanti, pastinya anda a) ahli neraka b) orang yang kafir c) orang yang rugi d) golongan kiri.

wallahu 'alam.

Link2 comments|Leave a comment

pasrah anak bumi [Oct. 7th, 2009|01:08 pm]
[Tags|]

dekat doha ada kotak
banyak kotak tengah padang pasir
dalam kotak ada banyak pijat
pijat itu anak bumi

dalam kotak ada juga babi
babi lagi besar dari pijat
babi pijak pijat
pijat tersengat-sengat

pijat sesuai di padang pasir
babi lembik di padang pasir
jadi babi bising dalam kotak
babi tak tahu pijat boleh bunuh babi

babi datang padang pasir
pijat datang padang pasir
babi rasa hebat
dhob lagi juara

dhob dan pijat boleh berdebat
dhob dan pijat boleh sekepala
dhob juara padang pasir
pijat tumpang padang pasir

kalau pijat bijak dia sahabat dhob
kalau babi bijak macam manapun
babi tak boleh makan dhob
pijat boleh untung besar

tuhan pijat,babi dan dhob tuhan yang sama
bezanya siapa yang lebih dekat
pijat tak reti dekat sangat
babi lagi jauh perginya

pijat sekali lagi dipijak pijak
bila seekor kena pijak
pijat lain semua cuak
pijat kecoh buat-buat bijak

seekor pijat pasrah
pijat tak mungkin jadi dhob
babi tak mungkin jadi pijat
bumi mendongak
langit menangis
anak bumi makin jauh dari tuhan
pijat pijat hancur berpeleseran
babi terus macam babi
dhob tenggelam timbul

bilalah hari yang kekal abadi?
LinkLeave a comment

facebook [Oct. 6th, 2009|10:13 am]
[Tags|]

bismillah.

anda tahu facebook bukan? mesti tahu. jadinya, aku punya satu akaun facebook. ianya rangkai komuniti web. fungsinya banyak. manafaat dan kebaikan juga banyak. keburukanpun banyak juga. ikut mana pun keseronok yang dapat, cuma sementara.

mungkin anda bisa 'jatuh cinta', bergaduh, berseronok dan sebagainya di komuniti tersebut. apapun yang jadi, ianya tak sama di alam nyata sebab fiqh internet tak pernah sama. anda berchatting dengan orang lain dengan menggunakan bahasa yang pelbagai, mungkin juga bakal disalah tafsir. ini semua sebab intonasi, nada dan perasaan bukan berada disitu. juga, gaya komunikasi memainkan peranan penting.

ya. apakah tujuan utama anda mencipta akaun di dalam facebook?. main game? mencari si "dia"? atau mencari publisiti murahan.

anda sendiri tahu jawapannya. jadi, kegilaan ber' facebook' ini jika tidak berhemah,bertempat atau berfikir;memang tiada hala tuju yang sihat bahkan akan hilang punca.

sesetengah orang lupa akan jadi dirinya, asal usulnya. pendek kata, anda boleh jadi sesiapa saja yang anda mahukan di dalam internet.
baiklah, disini otak anda menjadi kapten utama mengemudi bahtera personaliti anda di mana-mana.anda mahu orang mengenali anda sebagai apa dan siapa. dan, ada yang mengawal otak, iaitu hati anda. manusia selalunya mengikut hati dalam bab ber 'facebooking' ni. dalam yang mengawal hati ni, tentulah tuhan rabbul 'alamin.

akupun hantu juga dengan facebook ni. dah macam baca surat khabar harian. pastinya pagi-pagi bila masuk pejabat,perkara pertama ialah cek hal ehwal facebook. satu berita yang lokal. yang lebih intim dari Harian Metro. berita dalam lingkungan sosial terdekat. (maklumlah bila dah berjauhan)

tak perlu cari atau meneroka. tuan empunya badan akan 'update' sendiri perihal mereka.yang lebih seronok hampir setiap saat pastinya ada berita yang baru. dengan ruangan "whats on your mind?" membuatkan orang yang berfikir sentiasa. dari sini kita dapat melihat kerancakkan komuniti jaringan internet.

aku seolah-olah seorang CIA yang sedang meneliti aktiviti harian kawan-kawan menerusi internet. maklumat kehidupan habis dihemburkan ke dalam 'page' masing-masing. lengkap dengan gambar keluarga. kawasan rumah. alamat kerja. jadual kelas.jadual perjalanan. kalaulah aku ni memang Yahudi.pastinya aku akan culik semua anak dara yang bermusafir berseorangan, dan aku jualkan di dalam pasaran gelap.bikin empayar darah. salah siapa? dia yang beritahu sendiri.

terberangan sekejap.huuuuuuuuuh.mengeluh panjang aku. hari-hari aku tengok orang 'update' kehidupan mereka. hari-hari aku tengok orang lalai. betul, sesetengah orang terlampau jujur dengan 'facebook' melebihi jujurnya dia dengan emaknya. sanggup memaki hamun orang dalam 'notes' dia. berkongsi hampir sekemua aktiviti hariannya.

yang lebih seronoknya ada pelbagai kuiz untuk dicuba. sambil-sambil buang masa, boleh anda cuba menjawab "bagaimanakah keadaan anda di malam pertama hari perkahwinan?","sipakah yang anda paling rindui?","bagaimanakah rupa mak mertua anda" ataupun "adakah anda ngompol?".

aku menyelinap jauh meneliti coretan-coretan manusia. hari-hari sangap. jangan sangka juga orang yang kononnya baik tak terlepas dari fitnah facebook ni. bangganya meluap-luap seluruh badan. menyanjungi badan-badan kebajikan atau dakwah yang mereka ikuti. cinta 'ana-enti' tak henti-henti. meletakkan nama naqib dan aktiviti. anda semua kenal siapa diri anda. ruangan 'comment' setiap aktivi menyebabkan anda tidak sensitif.semua orang bakal melihat perbualan anda tanpa perlu mengintip bahkan dihidangkan didepan mereka. apa yang mahu dirasakan sensitif?itu kan semua di internet.(tanggapan biasa)

terkadang kita nada bersahaja.niat baik menegur sapa. bukan nak tunjuk lagak mahupun pandai. fikirkanlah "apa aku buat untuk tuhan pada hari ini?".jikalau esok di hari kiamat tuhan bertanya kemana usia muda mu dihabiskan? takkan kita nak mulut dan jari ini berbicara "aku jawab kuiz berapa tingkatkah kebodohan aku?" di facebook. setiap bibit dan saat kehidupan anda dihitung dan diperhati oleh rabbul izzah dan sifat-Nya ialah "intiqaam" (Maha pembalas). dan Dia "sarii'ul hisaab" (amat cepat penghitungannya).

oleh itu gunakanlah facebook menurut al-quran dan sunnah. jangan terlampau mengikut hati dan perasaan.landasan itu tetap ada. panduan itu tetap tersedia.
segala kata kesat dan nista, semua tu tak bermakna kerana ini cuma lembaran elektronik yang tidak kekal.

p/s : kepada asucena_03. saya minta maaf jika anda tersinggung sbtr td.papan kekunci tidak bersuara.peace!

LinkLeave a comment

benda baru [Oct. 5th, 2009|01:02 pm]
[Tags|]

hari ini,atau minggu lepas, atau terbaru-baru ni.aku tak ada apa nak tulis. cumanya aku suka sangat.

mari kita berbual kosong.

aku suka berfikir semenjak dua menjak ni. dari gaya penulisan yang lepas orang ingat aku depresi. mungkin juga. hari-hari dalam hidup aku di pejabat ni buat aku naik senak. hehe.

teringat zaman kanak-kanak dahulu kala. aku ada seorang kawan. nama dia Faiz A. dia ni kawan baik aku. dan masih sentiasa dalam takhta kawan baik yang dalam senarai teratas. dalam hidup aku yang masih pendek ni, tak ramai kawan yang aku jumpa. jadi pada asalnya, pada masa tingkatan 1 di johor. sekolah kami memang jauh terpencil dari kawasan pekan. dari sekolah ke rumah aku jaraknya cuma 10km dengan jalan lama pontian-johor bharu. jalan yang hanya dilalui oleh lori-lori besar dan sunyi kecuali beberapa kedai. dari rumah aku ke rumah faiz kira-kira 3km. dari sekolah akan jumpa rumah aku dahulu.

pada hari pertama bersekolah di peringkat menengah, kebiasaannya tiada lagi tempahan bas yang dibuat. kebiasaannya bapa kami akan ambil dari sekolah. jadinya pada hari tersebut, kamilah antara yang terakhir tunggu orang nak ambil tapi tak sampai-sampai. jadi aku melihat faiz dan dia tengok aku. lalu kami berkenalan ringkas dan dari situ aku tahu rumahnya agak dekat dari rumah aku. jadi muncul satu idea untuk berjalan kaki dari sekolah.

maka kamipun mulakan perjalanan. sekolah kami sangat jauh dan pelajar-pelajar yang pulang jalan kaki cuma beberapa orang sahaja.itupun rumah mereka cuma beberapa ratus meter dari sekolah. dari situ kami berborak dengan gaya budak-budak. dari situ juga aku dapat tahu dia juga bersekolah yang sama dengan aku dari sekolah rendah di KL. tapi malangnya kami tak dapat berjumpa kerana aku pindah ke JB pada tahu dia mula masuk.

hari,minggu,bulan dan tahun berlalu. kami membesar bersama. walaupun tidak seakrab mana pada awalnya, kami tetap geng. pada awal tingkatan 4, ketika menghadapi kemelut politik budak-budak nakal sekolah dengan selamba dia menasihati aku. itulah pandangan ikhlas pertama aku rasa orang bagi pada aku selain ibu bapa aku. jadi pada ketika itu aku rasa seperti  ada seorang 'partner' . kemudian kami mula menggila dalam hidup.turun naik KL dalam masa 2 hari tanpa pengetahuan ibu bapa. main 'skateboard' sambil 'berseronok'. main 'kuda', snooker,cabut sekolah dan ponteng kelas. turun naik,turun naik dalam masa 2 tahun. aku rasa dua tahun yang paling panjang dalam hidup aku.

kami selalu dibambu di sekolah. aku dan dia selalu ada di tempat yang sama. selalu ada masalah yang sama. selalu orang tak puas hati pada kami berdua. selalu dibenci orang. tapi kami gembira. kami tiada masalah nak berkongsi sesuatu. duit dah macam sama akaun. zaman tersebut memang rasa sangat kuat.

sekarang dah bertahun-tahun berlalu. dah lama aku tak jumpa dia. terakhir aku jumpa dekat mapley di taman universiti,skudai. aku sangat mengagumi pencapaian dia. cerita yang aku tahu,dia berjaya dalam hidunya. sekarang, jurang dan jarak makin jauh. pada waktu dulu kita sama naik. dia kawan aku. kita berkongsi impian sekali. masa telah berubah dan dah lama kita tak berjumpa.

sebelum dia pergi lebih jauh. aku pernah cerita pada dia di depan rumahnya. apa akan jadi pada masa 5 tahun dari waktu itu. nah, sekarang dah 7 tahun. sekarang kami dah besar dan jarang bercakap dan berkongsi sangat. aku dengan jalan aku dan dia dengan jalan dia. aku sentiasa akan meminta pendapat dia dalam bidang yang dia juarai. sentiasa.

ya, mungkin aku suka sangat perkara yang lama.

hmm, salah satu kategori orang mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan nanti adalah dua orang yang besahabat kerana Allah.
bila keadaan berubah,dapatkah kami berjumpa di syurga yang kekal abadi?



Link4 comments|Leave a comment

edisi tegar [Sep. 28th, 2009|01:47 pm]
[Tags|]
[Current Location |doha]

di kala kesyahduan sedang dilanda satu kekalutan oleh ribut kencang, hati yang senantiasa berbolak balik ini terundang satu pertanyaan.

ayat puitis durja yang berbaur kasar cuba aku lemparkan pada lembaran siber
papan kekunci itu ku tarikan atasnya jari keras dan berotak sangkut-sangkut.
ayat penyambung bernafas dengan deras.
aku bingung.

segala isi hatiku sepatutnya diluah.
apakan daya, akal terselit mencelah.

aku sememangnya peminat irama gelap dan keras,
katanya manusia itu fitrahnya lembut dan halus.
tidakkah? ataupun tidakkan?

isu spontan atau kalam bersih bukan pemadu imej .
ayat sundal lagi tajam penguat jati diri,
tegak, benar jantan sejati.

benarlah kitab suci diturunkan bukan hanya helwa telinga
bagi mereka yang benar-benar berakal pasti dapat
hidayah tuhan bukannya tersekat-sekat

tapi sekali lari, pasti sesat!
sekali sesat, pasti menyesatkan.
kelak bila melekat dengan maksiat pasti menyayat.

ptuih,pujangga sangatkah aku ni.penglipur larapun tak jugak.hikayat mana dicilok. apapun aku belajar satu lagi kalimah baru dalam bahasa melayu hari ini. adapun kalimah ini diadaptasi dari bahasa inggeris, aku suka juga.

komtemplasi.

nah, ni baru betul aku cilok dari blog member yaman. man, aku salurkan info sikit. :

Kontemplasi dari segi bahasanya bermaksud proses memikirkan sesuatu perkara secara mendalam .Juga boleh dikatakan sebagai proses penghayatan dan pemahaman diri atas realiti hidup dan kehidupan.Terdapat dua faktor utama yang berperanan dalam kontemplasi yaitu akal dan hati.Akal yang berperanan menerima sesuatu perkara untuk mencari dan mengetahui hakikatnya.Hati pula merupakan kemahuan dan perasaan .Perasaan cinta,sayang,benci,dengki dan lain-lain yang berjalan dibawah petunjuk akal.Misalnya hati suka kepada kebaikan yang ditetapkan oleh akal serta membenci sesuatu keburukan yang telah ditetap atau digambarkan akal padanya.

Ibnu Khaldun mengatakan “ Berfikir atau Fikr ialah gambaran bayang-bayang yang telah diindra – di balik perasaan- dan aplikasi akal di dalamnya untuk membuat analisis dan sintesis (proses menyatukan pelbagai unsur /cara mencari prinsip yg umum drpd prinsip-prinsip yang khusus). – ( Muqaddimah Ibn Khaldun ) –

Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ beliau mengatakan : “ Ketahuilah, berfikir itu ialah menghadirkan dua makrifat (pengetahuan) di dalam hati , yang dari keduanya lahirlah pengetahuan yang ketiga” – (Ihya Ulumuddin) –


Ibnu Mas’ud R.A pernah berkata :
“ Hati itu mempunyai keinginan dan penumpuan ,dan (adakalanya pula) ada kelesuan dan kelalaian ,maka pergunakanlah ianya ketika mempunyai keinginan dan penumpuan, dan jauhilah ketika lesu dan lalainya”

Indikator/petanda kontemplasi

Petanda adanya kontemplasi adalah wujudnya tampilan sejumlah pertanyaan dalam diri sebagai bahagian pertama pada setiap tindakan yang dilakukan.Terkadang petanda kontemplasi ini tidak kita temui dalam diri kita kerana kita seringkali mementingkan egoisme,tidak mahu tahu,malas berfikir, serta berperasaan sombong terhadap diri.

Tujuan Kontemplasi

Sepertimana ikhwah & akhawat ketahui bahawa akal dan hati merupakan dua faktor utama dalam kontemplasi yang daripadanya lahirlah pengetahuan hakikat dan penghayatan makrifat.Caroline Reynolds dalam bukunya “Spiritual Fitness” berkata:
“Suatu hari anda akan sampai pada satu kesedaran bahawa anda hanyalah sebuah proses kontemplasi yang sentiasa mencari dalam satu masalah sekaligus ke dalam sebuah penyelesaian .Sehingga pada akhirnya akan menemukan satu jawapan : Kebenaran”

Bagi seorang muslim, kemuncak serta tujuan kontemplasi adalah tercapainya satu hakikat kebenaran yang membawanya kepada Makrifatullah yang tidak lain hanyalah sebuah pengakuan mutlak serta penghambaan secara total (Ubudiyyah) kepada Sang Pencipta.

Al-Imam As-Syahid Sayyid Qutb dalam mentafsir ayat 208-209 surah Al-Baqarah

ياأيها الذين ءامنوا ادخلوا في السلم كآفة ولا تتبعوا خطوات الشيطان إنه لكم عدو مبين *
فإن زللتم من بعد ما جاءتكم البينات فاعلموا أن الله عزيز حكيم *

208. Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

209. Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, Maka Ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Beliau berkata :

“……..Mereka hendaklah menyerah secara mutlak kepada Allah tanpa meninggalkan sesuatu yang sumbang sama ada berupa fikiran atan perasaan, niat atau tindakan, kegemaran atau ketakutan yang tidak tunduk kepada Allah dan tidak redha dengan ketetapan dan keputusan-Nya. Mereka hendaklah memberi keta’atan dan kepatuhan kepada Allah dengan penuh keyakinan dan kerelaan. Mereka hendaklah menyerah diri mereka kepada qudrat Ilahi yang memimpin langkah-langkah mereka dengan keyakinan bahawa Allah mahukan mereka mendapat kebaikan, pengajaran dan petunjuk, dan dengan keyakinan bahawa mereka sedang menuju ke jalan dan kesudahan yang baik dunia dan akhirat……..

…….Kesan pertama yang dilimpahkan oleh kedamaian ini di dalam hati ialah kesahihan kefahaman dan kepercayaannya terhadap Allah, juga kejelasan dan kemudahan kefahaman dan kepercayaan itu sendiri bahawa Allah Tuhan Yang Maha Esa dan setiap Muslim hanya bertawajjuh kepada-Nya sahaja dengan hati yang teguh dan yakin. Hatinya bulat kepada Allah tanpa dikelirukan oleh berbagai-bagai kepercayaan yang lain. Ia tidak diburu oleh berbagai-bagai tuhan di sana sini seperti di dalam kepercayaan-kepercayaan paganisme dan jahiliyah. Ia hanya bertuhan kepada Allah Yang Maha Esa sahaja dan hanya kepada Allah ia membulatkan hatinya dengan penuh keyakinan, ketenteraman, terang dan jelas…….

allahu'alam.



cantik
cantik di situ.

ayat penguat, ayat pengeras memang mendapat tempat di hati aku.
mabuk cinta dan lara bukan tak layan, tapi lembik dan mengasyikkan. seni halus itu tak semestinya lembut dan mendayu.

aku cakap terus lah macam ni. mungkin bil air akupun agak tertunggak di situ, tapi kalau tak diluahkan kepada salur yang betul, pastinya membuahkan hasil yang kusut.

terpulang pada andalah nak baca macam manapun. aku tahu, hari-hari aku dengar penipuan.hari-hari aku dengar maksiat.hari-hari aku dengan dosa.hari-hari aku dengar kesyirikan.hari-hari aku dengan herdikan dan pekikan.hari-hari aku dengar gurauan.hari-hari aku dengar bisikan iblis dan syaitan.

yang pastinya,aku minta simpang dari segala gejala gampang yang melibatkan aku. yelah, simpang sebelum jumpa penggampang hidup aku.

ini entry bukan entry luahan atau curahan. entry kontemplasi bagi mereka yang sebenak aku.
jangan sangka anda setegar balak tika menghadapi bala tuhan.

pengajaran bagi aku yang baru belajar.
anda sendiri penzalim diri di kelak hari.
hahaha.

Link1 comment|Leave a comment

bloody bastard on youtube. [Sep. 28th, 2009|12:01 pm]
 
LinkLeave a comment

bloody bastards. [Sep. 28th, 2009|11:22 am]

Muntahar al Zaidi: Mengapa Saya Melemparkan Kasut Kepada Bush

                                                               

Muntahar Al-Zeidi, wartawan Irak yang melemparkan kasut kearah  George W. Bush,dibebaskan dari penjara minggu lepas. Al-Zeidi dihukum tiga tahun penjara namun hukuman itu kemudian dikurangi menjadi satu tahun. Banyak yang ingin tahu apakah  motif serangannya terhadap Bush yang kemudian menjadi titik sejarah itu. Berikut laporan dari guardian.


Sekarang saya sudah bebas. Tapi negara saya masih menjadi tawanan perang. Telah  banyak orang berbincang mengenai tindakan saya, tentang keberanian dan kepahlawanan,  simbol dan tindakan simbolik.
Tapi, sederhana saja, bagi  saya:
 
apa yang memaksa saya untuk bertindak seperti itu adalah ketidakadilan yang menimpa rakyat saya, dan bagaimana para penjajah amerika  memalukan tanah air saya dengan menginjak-injaknya.
Selama beberapa tahun terakhir, lebih dari satu juta orang telah mati oleh peluru penjajah dan Irak sekarang dipenuhi lebih dari lima juta anak-anak yatim, jutaan janda dan ratusan ribu orang cacat. Banyak jutaan orang yang kehilangan tempat tinggal di dalam dan di luar negeri.
Kami pernah menjadi suatu bangsa di mana orang Turki, Kurdi, Asiria, Sabean dan Yazid berbagi roti setiap harinya. Kami berkongsi  rasa lapar di bawah blokade/sanksi selama lebih dari satu dekad. Kesabaran dan solidariti kami tidak membuat kami lupa kepada penindasan amerika ( sebelum mereka menjajah). Kini  penjajahan mencerai-beraikan kami, saudara dari saudara, tetangga dari tetangga. Menghambat kami dari rumah  ke khemah-khemah pelarian dan tempat kematian.
 
Saya bukanlah pejuang, tapi saya mempunyai pendirian dan sikap. Memalukan sekali melihat negara saya begitu dihina, Baghdad dibakar, dan rakyat kami dibunuh. Ribuan peristiwa yang begitu  tragis bersarang  di kepala saya, ini mendorong saya untuk melakukan konfrontasi.
Skandal di Penjara Abu Ghraib. serangan keatas  Fallujah, Najaf, Haditha, Sadr, Basra, Diyala, Mosul, Tal Afar, dan setiap inci tanah kami yang terluka. Saya berjalan di atas tanah yang terbakar dan melihat dengan mata kepala sendiri penderitaan mangsa, mendengar dengan telinga saya sendiri jeritan anak-anak yatim dan mereka yang bersedih. Yang lebih parah adalah perasaan malu yang teramat dan menghantui saya  kerana saya tak mampu berbuat apa-apa.
 
Setelah  menyelesaikan tugas kewartawanan dalam melaporkan kejadian harian, sementara saya membersihkan sisa-sisa runtuhan rumah-rumah rakyat Irak, atau darah yang terkena pakaian, saya selalu merapatkan gigi dan berjanji akan membalas dendam terhadap mangsa dan korban di Iraq.
 
Kesempatan itu datang, dan saya menerimanya.
 
Saya mengambilnya dari kesetiaan kepada setiap titisan darah yang menitik dari mangsa mangsa yang  tidak bersalah, dari setiap jeritan ibu yang berduka, dan dari jeritan anak-anak yatim piatu, kepiluan dan kesedihan oleh mangsa perrkosaan.
 
Saya berkata kepada orang-orang yang mencela saya, apakah anda tahu berapa banyak rumah yang sudah ibinasakan ? Berapa kali kah kasut-kasut mereka telah menginjak darah mangsa  yang tidak bersalah? Mungkin kasut  adalah jawaban yang paling tepat ketika semua nilai itu dilanggar.
Ketika saya melemparkan kasut kearah George Bush, saya menyampaikan penafian terhadap pembohongannya dengan penjajahan terhadap negara saya, berterusan mencuri kekayaan negara saya, menghancur infrastrukturnya, dan yang lebih perit, mengusir anak-anak lelaki kami, -ramai yang hilang sehingga sekarang.
 
Saya mohon maaf, jika saya menyalah gunakan tugas kewartawan ini. Apa yang saya lakukan hanyalah luahan  perasaan dan hati nurani seorang warganegara yang melihat tanah airnya dinodai setiap hari. Kewartawanan ditangisi di bawah naungan penjajahan yang tidak boleh bersuara lebih dari suara patriotisme.
 
Dan jika patriotisme boleh berbicara, maka kewartawanan/ profesionalisma harus bersama  dengannya.
 
Saya tidak melakukannya supaya nama saya masuk terpapar dalam sejarah atau untuk keuntungan kebendaan. Yang saya inginkan hanyalah untuk membela negara saya. (guardian)
 


LinkLeave a comment

eid mubaarak. 1430. [Sep. 25th, 2009|04:17 pm]
[Tags|]
[Current Location |doha.]

bismillah.

"taqabballahu minna wa minkum"

-"ghafarallahulana wa lakum"


shall we dance? lets dance.

this year eid is a bit different from last year. we celebrate it in sana'a. me and alif k was there. we enjoyed our time. for me, its like travel back to the time when i was there. the feeling, the building, the people, the air and almost everying (the chaos).

dude i felt so lively. its like refreshing my head. the feeling i had until now is superb and speechless. truly i felt like being home again.

we visted the old city again. just saw my ex-house.hahaha. the first day we set in Dawood Hotel. the price and deal is a bit sucks anyway. but the first night i chew qat again. and that feeling and "ehem" come again. ouch.

this is alif note.

<input ... >
my journey to Sana'a old city (Yemen)-17 Sept 2009 to 22 Sept 2009
The old fortified city has been inhabited for more than 2,500 years. Contains a wealth of intact architectural gems. The Bāb al-Yaman (Yemen Gate) is an iconized entry point through the city walls and is over 700 years old.

The oldest buildings, some of which are over 400 years old. Surrounded by ancient clay walls which stand 6–9 meters high, the old city boasts over 100 mosques, 12 hammams (baths) and 6,500 houses.

Many of the houses resemble ancient skyscrapers, reaching several stories high and topped with flat roofs. They are decorated with elaborate friezes and intricately carved frames and stained glass windows.

In Sana'a I was in the middle of a real maze. Its walls were oppressively high, its corridors narrow.
It was a close protective hive for insiders; but for an outsider it was a trap with no apparent means of escape.

You could look at the walls of Sana'a for a year, finding more and more hidden meanings in them...the people are very friendly...you arrived as a stranger and left as brothers...

seasons changes but sana'a remains as it was...

alifkay



then i met my friends in iman. huaa...i\m speechless again. really hope can study again. no matter how hard i tried, how hard i would fall again. i would like to remain in that place. it was blessed. i really miss 'em.

the best of the best.
love.

 

Link1 comment|Leave a comment

navigation
[ viewing | most recent entries ]
[ go | earlier ]

Advertisement