| Muhammad Abdullah ( @ 2009-11-05 16:54:00 |
| Entry tags: | kontemplasi |
mentalis,ego dan seni.
part 1.
bismillahirrahmanirrahim.
segala puji bagi Allah tuhan semesta alam yang menguasai langit dan bumi dan mengawal hati hati manusia serta penentu masa depan semua makhluk. Dia-lah yang memberi hidayah dan menyesatkan, yang menganugerahkah syurga dan mengazab di neraka. penentu segala terma baik dan buruk dalam dunia.tidak ada definasi yang datang selain dari-Nya. Dia-lah yang awal dan yang akhir,penentu segala sesuatu.
Maha suci engkau wahai tuhan, aku berlindung dari azab neraka dan kesesatan yang nyata.
adapun satu minggu mempunyai 6 hari untuk bekerja, aku masih lagi mamai dalam hidup ni. hah..beberapa hari ni aku diajar cukup cukup untuk mengenal hati dan budi. apabila manusia berkonfrontasi dengan sesuatu masalah, terus salur otannya hilang refleks. lalu, sesetengah mereka menjadikan hati sebagai idola otak. maka, senget sudahlah akal ketika mengemudikan jiwa dan perasaan.
sebenarnya, situasi tersebut hampir-hampir menyodok kepala otak aku ni. jadi sekarang, aku ingin membuat liputan berdasarkan topik di atas. selama pengalaman aku yang ciput ini, tak pernah betul-betul rasa orang marah pada aku sebab-sebab di atas(mungkin abah aku je). atas dasar yang tertentu, kekhilafan pandangan menjadi ukuran lagi kah?
bak kata raja petra : "opinion is like an a**hole, everybody got one". aku memang setuju dengan lagak tu. memang manusia diciptakan sebegitu kan?. oleh sebab tu, bagaimana pula dengan perbezaan pandangan dari sudut kehidupan,pengistilahan dan perselisihan? aku sebenarnya berusaha mencari persamaan. tak mahu gaduh-gaduh. tapi, aku membawakan persamaan kepada suatu sudut berbeza. mencari persamaan mengikut kehendak tuhan.
sekejap lagi hari nak mendung,segenap lagi hati berkabung...
jikalau kita meniliti statistik negara maju berdasar pembaris ukuran UN, kita akan mendapat bahawa Jepun akan menduduki tangga ke-10. (laporan 2005) dan statistik sekarangpun tidak menunjukkan sebarang perubahan besar. sedangkan, seantero alam sudah tahu bagaimana kecanggihan teknologi,seni,kreativiti dan pelbagai bidang lagi, banyak yang dijuarai oleh negara matahari terbit itu. aku bertanya beberapa orang kawan jepun aku, kata mereka; ini semua kerana sektor industri Jepun tidak mahu mengambil wanita bekerja atau kebiasaannya wanita akan berhenti kerja apabila berkahwin. ini kerana bukan kami gender-bias, tapi kerana produktiviti. Tokoh-tokoh syarikat mempunyai satu pengalaman yang sangat berharga. katanya; dalam tempoh sebulan, pekerja pekerja wanita akan mengalami proses yang menyakitkan (kitaran) dan jika berkahwin, bila tiba waktu bersalin maka tempoh rehat yang panjang bakal mengganggu produktiviti. ini semua sunnatullah (peraturan tuhan). jikalau wanita mahu sama berdiri dengan lelaki, boleh (cubalah).tapi wanita sememangnya tidak diciptakan sebegitu.
maka, adakah Jepun layak menduduki tangga ke-10 negara negara maju ataupun UN perlu perbetulkan neraca ukuran mereka?. lagi sekali, sidang negara-negara dalam dunia berbincang mengenai isu alkohol; adakah boleh atau tidak? maka, upacara persidangan berlanjutan selama berjam-jam tanpa henti. sesetengah negara bersetuju membenarkan dan sebahagian tidak. bukan nak kupas siapa negara islam ataupun bukan islam. ada juga negara islam yang bersetuju benar melesenkan alkohol dan ada juga negara yang bukan islam hendak membakul-sampahkan terus alkohol. kajian demi kajian, kertas kerja yang bertimbun, pakar pakar air liur bertabur membahaskan.
itulah manusia. jikalau mau lagak satu kepala memerintah,pasti berjaya tapi diktator. manusia.tak pernah sempurna. sebab tu kayu ukuran nabi dinilai sempurna dimata manusia. hakikat yang sebenar Allah nak tunjuk adalah sesiapa yang bertindak mengikut wahyu,pasti berjaya.pasti.
jikalau dikumpulkan seluruh ummat manusia memberi pendapat mengenai alkohol,pasti hiruk pikuk reban parlimen satu dunia. sebab tu tuhan mensyariatkan perkara supaya manusia tidak sesat lagi.
Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan. [21:22]
samalah dengan garis panduan kehidupan. setiap kehidupan kita, berlandaskan quran dan sunnah yang datangnya dari Allah dan disampaikan oleh rasulullah. apa guna kita ungkap:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [6:162]
dalam setiap solat 5 kali sehari. selalu perbaharui tapi tidak memahami makna.lebih teruk lagi, tidak pernah cuba memahami. kelak bila ditanya, terngangalah mulut-mulut mereka...."kenapa aku tak cari??" yang paling dasyat bila nanti, mereke yang tidak pernah cuba untuk memahami dilabel sebagai "pengkhianat" seperti:
...Oleh itu, siapakah yang lebih zalim lagi daripada orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan berpaling daripadanya? Kami akan membalas orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat keterangan Kami (dengan) azab seksa yang seburuk-buruknya, disebabkan mereka sentiasa berpaling (mengingkarinya). [6:158]
bukan itu namanya mendustakan?..percaya tapi tidak yakin. tahu tapi tidak buat dan ikut. tidak cuba memahami ayat-ayat Allah bahawa garis panduan kehidupan hanyalah berpaksikan alquran dan assunnah.
jadi, aku memang bersikal judgmental mengenai kehidupan seorang muslim. tak kiralah siapapun dia. asalkan peluang tu ada, memang kena tibai cukup-cukup. ini semua kerana sayang akan orang tersebut. kelak bila ditanya kenapa tak pesan dengan saudara/i kamu itu? harap-harapnya..bolehlah aku hamburkan yang terbaik. dan sebenarnya aku terus lagi berusaha meperbaiki silah antara tuhan dan manusia.minta maaf kepada manusia yang rasa aku bersikap judgemental. harap aku agar manusia sekekeling terpacu ke arah menuju tuhan.
“Wajib atas kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khulafaur-rasyidin yang mendapat petunjuk setelahku, gigitlah dengan gigi geraham ( pegang erat-erat dan jauhilah perkara-perkara baru yang tidak diajarkan agama, karena hal itu bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat )”
(HR. Imam Ahmad, Abu Dawud, At Tirmidzi, Ibnu Majah dishohihkan syaikh Al Albani dalam Shohihul Jami’ )
wahai tuhan yang membolak balikkan hati dan penglihatan, tetapkanlah kami di atas agama-Mu dan ketaatan kepada-Mu.
p/s:utk kali keduanya, minta maaf cik engineer.