?

Log in

Revolusi Tunisia,Jihad Global & Seruan menegakkan Khilafah Islamiyyah untuk menerajui dunia. - amuk dan beauty [entries|archive|friends|userinfo]
Muhammad Abdullah

[ userinfo | livejournal userinfo ]
[ archive | journal archive ]

Links
[thoughts| aiman salmi johnpilger harith ustaz ]
[foto jedi| iridie juli bazuki jamesnachtwey ]

Revolusi Tunisia,Jihad Global & Seruan menegakkan Khilafah Islamiyyah untuk menerajui dunia. [Feb. 24th, 2011|03:54 pm]
Muhammad Abdullah
[Tags|]



Bismillahirrahmaanirrahim.

Amma ba’d,

Agak-agak lu orang, adakah revolusi di Tunisia menunjukkan berakhirnya era kejahatan diktator dan permulaan era Khilafah Islamiyyah? Apakah peranan dakwah dan jihad global di dalam kekecohan politik yang sedang berlaku di ‘negara-negara Islam’ akibat domino effect daripada revolusi di Tunisia? Adakah ummat Islam bersedia untuk menerajui dunia dengan mengembalikan Khilafah?

Revolusi si penjual sayur

Revolusi di Tunisia tercetus daripada seorang penjual sayur bernama Muhammad Bouazizi yang berusia 26 tahun. Muhammad Bouazizi adalah simbol penindasan ke atas pemuda di kawasan Sidi Bouzid Sidi yang terletak 300km di selatan ibu negara Tunisia. Di situ terdapat ramai budak muda lulusan university tetapi dari hari ke hari melepak di café- café di celahan lorong yang berdebu kepunyaan pecan yang miskin hina. Inilah gambaran jelas menunjukkan bahawa kegagalan sang pemerintah dalam menjanjikan peluang kerjaya.

Bouazizi telah menjadi penjual sayur selama 7 tahun lamanya sehinggalah pihak polis datang merampas segala sayuran yang hendak dijual oleh beliau pada 17 Disember 2011 dengan tuduhan berniaga tanpa lessen. Bouazizi kemudianya cuba merasuah sebanyak 10 Dinar Tunisia atau RM21 (lebih kurangla). Tetapi akibatnya beliau disepak (pakai tangan,bukan kaki) dan kemudian diludah kat muka sambil dimaki oleh polis dan sekali dengan arwah bapanya sekali turut dicaci maki. Bouazizi kemudianya tidak dapat menerima penghinaan sebegini lalu terus melaporkan kepada balai polis di kawasanya dengan harapan aduan beliau didengari. Tapi adatlah bila berurusan dengan kerajaan, berjumpapun tak nak. Bouazizi akhirnya mengambil tindakan drastik dengan mencurahkan minyak pada badan sendiri dan kemudian membakar diri sendiri hidup-hidup!. Rupa-rupanya Bouazizi bukan hanya membakar diri beliau sahaja malah yang turut terbakar adalah api kemarahan seluruh rakyat Tunisia yang membenci,meluat dengan diktator rejim pemerintah.

Ben Ali, seorang diktator yang kemudiannya menziarahi Bouazizi pada 28 Disember dengan hasrat untuk memadamkan api kemarahan rakyat yang kian marak dan merebak. Tetapi, api kemarahan itu tidak boleh lagi dipadam dan akhirnya tepat pada 14 Januari, kira-kira 10 hari selepas ke’arwah’an Bouazi, Ben Ali telah dijatuhkan oleh intifadhah yang diinspirasikan oleh si penjual sayur je.

Ben Ali, diktator Tunisia yang telah memegang tampuk kuasa selama 23 tahun adalah simbol kepada kerajaan secular yang bertapak di negara-negara Arab khususnya. Beliau gagal mengaplikasikan sistem yang dibawa olehnya kepada seluruh aspek kehidupan. Pengangguran, liberalisasi ekonomi,perdagangan bebas (free market) adalah punca permasalahan Tunisia, khususnya bilamana tidak mempunyai hasil bumi semulajadi dan terlalu bergantung dengan Negara luar. Ditambah lagi dengan kerajaan yang korup dan ketidakstabilan akses politik, terus menjadikan kesengsaraan rakyat Tunisia nekad untuk bangun melawan mendesak perubahan. Maka tercetuslah revolusi.

Kehancuran era Diktator?

Kejatuhan rejim diktator Tunisia mengundang “bau mayat” kepada semua diktator terutamanya di semenanjung Arab. Mereka risau akan berlakunya revolusi di Negara mereka dek kerna terinspirasi oleh Tunisia dan inilah yang jadi sekarang!

Abdul Bari Atwan, editor Al-Quds Al-Arabi yang berpusat di London telah menulis sebuah artikel yang bertajuk “Terima Kasih Rakyat Tunisia”, menyuarakan kebimbangan para diktator Arab akibat dari revolusi di Tunisia.

“Ini adalah saat kritikal bagi semua pemimpin diktator Arab. Kondisi kehidupan di Tunisia masih lagi OK berbanding kebanyakkan Negara Arab yang lainnya. Lagipun, diktator di Tunisia tidaklah kejam sangat berbanding Negara Arab yang lain”

Abdul Bari Atwan, yang juga penulis sebuah buku bertajuk “The Secret History of Al-Qa’idah” (menceritakan tentang Sheikh Usamah bin Ladin dan Al-Qaeda) turut meninggalkan sebuah pesanan khas kepada kerjaan Amerika mengenai revolusi yang berlaku di Tunisia. Beliau menyuruh Obama untuk menyediakan sebuah pulau di Kepulauan Pasifik untuk talibarut Arab dan diktator-diktator yang lainnya.

Seorang lagi pakar politik Arab, Hussein Majdoubi juga telah menganalisa kebarangkalian untuk berlakunya revolusi semacam Tunisia ini, akan merebak ke seluruh negara Arab. Pemerintah di Maghribi, Libya, Algeria dan Mesir adalah target seterusnya dan ini dahpun berlaku! Beliau kesal dengan tindakan barat yang terus menerus menyokong para diktator Arab dan mengabaikan keadaan politik yang macam haramjadah.

Clovis Maksoud, mantan wakil UN untuk Liga Arab berkata, revolusi di Tunisia adalah inspirasi yang digunakan oleh Negara-negara Arab yang lainnya yang turut diperintah oleh rejim diktator. Dalam interview bersama Press TV beliau berkata “Revolusi di Tunisia adalah salah satu revolusi yang paling memberi inspirasi di dalam dunia Arab pada waktu ini.”

Yvonne Ridley, seorang wartawan muslimah yang juga seorang muallaf daripada UK yang famous dengan cerita pengislaman beliau setelah diculik oleh Taliban, percaya bahawa rakyat Arab pada hari ini telah hilang rasa takut dengan rejim-rejim Arab yang menindas dan korup sepertimana yang di sokong oleh Amerika dan Eropah akan jatuh seperti domino. Beliau menyambung:

“The first thing to do is to send the Air Force One to assemble all the dictators, tyrants and despotic rulers who are paid by America and bring them all to Washington. Like the pet droppings in the New York Central Park, you must be responsible for the mess your dogs!” (hamek luuu!!)

Revolusi rakyat di Tunisia membuatkan para diktatoris Arab panik dan gelabah. Apa yang jadi dekat Ben Ali adalah kehinaan kepada pemerintah yang belum pernah jadi pada pemimpin Arab sebelum ni. Suatu peristiwa yang luar biasa bilamana diktator di Tunisia yang telah memerintah selama 23 tahun akhirnya digulingkan oleh rakyat yang dah muak dan senak dengan sistem yang melaknat mereka selama ini. Sesungguhnya era diktatoris akan berakhir tak lama lagi.

“The Domino Effect” pada Revolusi Tunisia

Akibat perbuatan si penjual sayur, Muhammad Bouazizi ini telah menjadi punca berlakunya revolusi Tunisia yang mana ianya juga secara tidak langsung menjadi inspirasi kepada Negara-negara Arab yang lainnya. Cerita Mesir dah habis, sekarang Libya, Algeria, Yaman dan akan diikuti yang lainnya. Satu persatu rejim akan tumbang dan akan muncul sinar harapan baru bagi rakyat yang tidak tahan dengan penindasan. Effect ini akan merebak dengan begitu dahsyat. Macam yang gua cerita sebelum ni, kesemua rakyat Arab akan turun dan mempromosikan revolusi ini kepada jiran-jiran Arab mereka yang berkongsi masalah yang sama. Tujuan revolusi ini bukanlah secara suka-suka supaya dapat cuti free atau dapat merompak butik-butik berjenama di shopping complex. Ianya adalah demi menjaga kehormatan diri sendiri dan menuntut hak yang wajib ditunaikan oleh setiap pemerintah.

Di Yaman, rakyat juga menuntut diktatornya yang kejam, Ali Abdullah Saleh untuk turun dari takhtanya. Beribu manusia turun di ibu negaranya; Sana’a mendesak diktator yang telah memerintah selama 30 tahun ini untuk berambus dari tempatnya. Semangat untuk menggulingkan diktator ni tercetus selepas rakyat Mesir bertindak dan akibat dari revolusi di Tunisia yang berjaya menjatuhkan rejim yang memerintah.

Rakyat Yaman komplen bahawa berlakunya pertambahan jurang kemiskinan di kalangan pemuda dan kesal dengan kurangnya kebebasan politik. Mereka juga mengadu tentang pegawai kerajaan yang super-korup!

Ini pengalaman gua sendiri belajar di sana dan merasa betapa hinanya Negara ini kerana kemiskinan kekorupan ahlul Yaman walhal nabi memuji Negara ini di dalam sebuah hadith : “Sesungguhnya Iman itu berada di Yaman dan Fiqh juga di Yaman dan hikmah itu pada orang-orang Yaman”-Muslim. Sanggupkah gua nak melihat ‘tangan-tangan’ kuffar disebalik segala kesengsaraan rakyat dan usaha mereka untuk menghina hadith nabi ini? Wallahi gua tak sanggup!

Sesungguhnya revolusi di Tunisia ini telah member inspirasi kepada mereka yang tertindas khususnya Muslim yang sudah mual dengan pemerintahan diktator dan sekular yang telah digunapakai selama ini. Perubahan yang besar sedang berlaku. Para Fir’aun sedang mengahadapi tentangan dan kemarahan (seperti) Nabi Musa bangkit melawan!

Kesan Hodoh

Sebelum mendapat tentangan yang maha hebat dari rakyat, rejim diktator ini akan berusaha sedaya upaya untuk bertahan dan ‘mengawal’ kemaraan rakyat. Ada yang akan mempergunakan kuasa ketenteraan (yang standard). Ada yang mewujudkan “kuasa sokongan rakyat palsu” (sepertimana Mesir mengeluarkan Penyokong Hosni Mubarak kononnya, walhal ianya adalah polis yang bertopeng!) Ada juga yang akan mempergunakan tokoh-tokoh agama yang yang mengeluarkan fatwa dan macam-macam lagi agenda demi mempertahankan tampuk pemerintahan mereka.

Akhirnya, apa yang kita dapati adalah kekacauan yang nyata. Kesemua ummat manusia di seluruh dunia kini mengambil pusing hal-hal di tanah Arab ini dan menilai mengikut kacamata mereka sendiri. Hakikatnya kesengsaraan yang dialami oleh penduduk Negara tersebut tidak dirasai oleh kita. Apa yang diorang rasa tak mungkin mampu kita jangkakan sehingga terpacul satu keberanian yangmana nyawa ini tiada lagi nilai dek kerna maruah mereka sebagai manusia bergelar raykat sudah dirogol oleh para diktatoris ini!

Seruan Dakwah dan Jihad Global

Revolusi Tunisia ini juga disokong dan berkesinambungan dengan gesaan seruan kepada dakwah dan jihad global. Semuanya bergerak menuju matlamat yang sama iaitu untuk mengimplimentasi syariah islamiah dan menegakkan khilafah islamiyyah.

Bertambun aktivis muslim di London berdemostrasi di depan kedutaan Tunisia di London pada hari Jumaat (21/1/2011) menyeru kepada muslim di Tunisia untuk menegakkan Syariah Islamiyyah (khilafah). Di dalam demostrasi tersebut, para aktivis membawa sepanduk dan kain rentang yang bertulis “Syariah untuk Tunisia”, di dalam bahasa Inggeris, Arab dan Peranchis. Diorang bersorak “Syariah akan kembali” dan “Khilafah akan tertegak” diikut dengan sahutan takbir!

Sementara itu, Al-Qaeda untuk jajahan Maghribi atau juga dikenali sebagai AQIM, menyatakan sokongan mereka terhadap revolusi Tunisia dan menggesa supaya menegakkan syariah Islamiyyah secara langsung. Di dalam video sepanjang 13 minit, Sheikh Abu Mus’ab Abdul Wadud, amir kepada AQIM, menyatakan sokongannya pada demostrasi rakyat Tunisia dalam menjatuhkan diktator Ben Ali. Di dalam video tersebut yang ditayang di dalam forum jihadis, beliau juga memberikan beberapa nasihat termasuklah kesediaan dari segi memberi latihan menggunakan senjata.

Sheikh Mus’ab Abdul Wadud juga mengkritik Ben Ali akibat melakukan penindasan, korupsi dan juga mengabaikan kebajikan rakyat. Beliau menyeru agar rakyat Tunisia supaya cepat-cepat menggulingkan Ben Ali dan menegakkan undang-undang syariah Islamiyyah di Tunisia. Beliau menambah, muslim di Tunisia seharusnya mengembangkan revolusi ini ke tahap antarabangsa.

Ketua AQIM Sheikh Abu Mus’ab Abdul Wadud ialah tanzim Al-Qaeda di Algeria, atau Tanzim Al-Qaeda Biladil Maghrib Islami (Al-Qaeda di Negara-Negara Islam Utara Afrika) yang mana sehingga kini masih wujud dan bergerak aktif dalam mengembangkan pengaruhnya. Sebelum bergabung dengan Al-Qaeda, tanzim ini dikenali sebagai The Salafist Group for Call and Combat (GSPC) atau di dalam bahasa Arab “Al-Jama’ah As-Salafiyyah lidakwah wal Qital.”

Menurut pakar, pusat AQIM ini telah berjaya mengibar sayapnya ke banyak Negara seperti Tunisia, Algeria, Mauritania dan Mali. AQIM juga memetik:

“Musibah anda adalah musibah kami dan sengsara anda adalah sengsara kami.”

Apakah sistem yang akan digunapakai kelak?

Kemanakah halatuju Revolusi Tunisia ini? Adakah syariah akan dilaksanakan di sana? Tunisia adalah Negara Arab yang majoriti penduduknya adalah muslim dan ianya terletak di utara Afrika, selat laut Mediterranean. Tunisia ini bersempadan dengan Algeria pada sebelah barat dan Libya pada selatan dan timur.

Dalam banyak-banyak Negara yang terletak di pergunungan Atlas, wilayah Tunisia ini adalah yang paling timur dan terkecil. 40% daripada Tunisia adalah padang pasir Sahara dan selebihnya adalah tanah pertanian.

Tunisia menggunakan sistem sekular cth: Republik untuk mentadbir negaranya selepas mendapat kemerdekaan daripada kuffar Kolonial Peranchis pada 20 Mac 1956. Ben Ali kemudiannya mendapat tempat selepas merampas kuasa tanpa pertumpahan darah pada 1987. Beliau terus menjadi diktator dan memerintah selama 23 tahun.

Semasa berkuasa, Ben Ali selalu melakukan kezaliman kepada ummat Islam di Tunisia dan ini adalah bukti bahawa beliau ada seorang diktator sejati. Bahkan, beliau juga adalah seorang penyokong tegar Zionis Israel. Beliau juga turut menharamkan rakyat Tunisia daripada melakukan demostrasi Anti-Israel. Bukan setakat itu, dia juga mengharamkan kutipan derma bagi membantu meringankan azab sengsara muslim di Gaza. Tak haramjadah ke namanya ni??!!

Ben Ali juga merupakan seorang badut Amerika yang setia dan anti-syariah Islam yang tulen. Dia mengharamkan jilbab dan pada 1990an, Ben Ali telah mengumpulkan semua muslim yang menyimpan janggut-mereka yang benar-benarkan mahu kembali kepada syariah islamiah-lalu mengharamkan dari ke masjid , tempat kerja dan institute pengajian.

Tak lupa juga, Ben Ali dan keluarganya sangat suka merompak harta rakyat Tunisia dan dalam masa yang sama, rakyatnya dibiarkan hidup melarat, tiada pekerjaan dan sentiasa ditindas setiap hari. Korupsi dan benda haram telah menjadi makan ruji bagi pegawai kerajaan dan ini telah membuatkan rakyat betul-betul benci dan muak dengan sistem administrasi diktator Ben Ali. Akhirnya mereka menentang dan berjaya menghukum diktator tersebut.

Selepas kejatuhan empayar diktator Ben Ali, buat pertama kalinya selama 23 tahun, pemuda islam mampu untuk solat berjemaah di jalanan Tunisia. Ruh dan semangat untuk mengembalikan syariah islamiah menjadi satu alternative bagi rakyat Tunisia khususnya kaum muda. Ini semua adalah kerana kebimbangan mereka terhadap pegawai sekular saki baki peninggalan diktator mereka.

Menteri Pembangunan, Silvan Shalom mengutarakan kebimbangannya terhadap kejatuhan diktator Ben Ali ini dengan berkata “Langkah ini akan membantu mengembangkan pergerakan Islam di Negara ini.”

Rakyat Tunisia yang tidak merasa cukup dengan jatuhnya diktator Ben Ali ini mendesak untuk perubahan radikal di dalam politik. Mereka menganjurkan demostrasi untuk mendesak kerajaan supaya membebaskan tahanan politik yang ditangkap semasa permerintahan rejim Ben Ali.

Kebanyakkan rakyat di Tunisia menggesa supaya penubuhan semula Negara Islam yang mengimplimentasikan syariah islamiah untuk memastikan penggabungan Negara-negara Islam. Mereka yang berarak di Tunisia bersahut: “Tiada jalan lain, tiada cara lain, hanya Islamlah solusi!” “Dengan jiwa, dengan darah, kami akan berkorban untukmu wahai Islam!”

Mereka berdiri berhadapan tentera Tunisia dan mengucapkan kalimah ini: “Wahai kamu di Palestin, kamu di Iraq, hancurkan rantai besi pemerintah yang mengikat tengkukmu dan jalankan tugasmu” “Wahai tentera-tentera Islam, kami telah bersedia untuk bersama dengan kamu demi darah, jiwa dan anak-anak kami! Hancurkan rejim yang menindas!!”

Sesungguhnya ia adalah suatu langkah dan tindakan yang bijak oleh rakyat Tunisia untuk memilih melaksanakan syariah Islamiyyah dan sistem kerajaan islam seperti menegakkan khilafah islamiah. Rakyat Tunisia selayaknya mendapat ‘rahmat’ dari Allah kerana dengan jatuhnya rejim diktator Ben Ali ini mereka mampu menggunakan peluang yang tersedia untuk menegakkan kalimah tauhid dan tidak terpengaruh dengan hasutan yang halus oleh bisikan syaitan dan iblis supaya mereka menjadi hamba demokrasi.

Seorang Mujahid telah memberitahu tentang pengalaman berharga di dalam usaha ini:

“Kami sentiasa sibuk dengan peperangan, kejayaan tercapai melalui jiwa-jiwa yang tulus, dan kami berjaya menyemai cinta dan rindu untuk mati syahid. Tetapi kami lupa tentang kuasa (politik). Ini kerana kami tidak beriman dengannya sepenuh hati. Kami masih melihat politik sebagai suatu benda yang kotor. Hasilnya? Kami berjaya mengubah arah kejayaan dengan setiap pengorbanan yang tiada tolok bandingnya sehingga kami sampai kepada penghujungnya bilamana kejayaan hanya tinggal sejengkal lagi, musuh kami menyerang kami dengan serangan ‘belas kasihan’-itu lah kalimah yang mereka guna untuk menjinakkan kami.”

Hakikatnya, sehingga kini masih belum ada keputusan muktamad mengenai halatuju revolusi Tunisia ini. Kini, Perdana Menteri Mohammad Ghannouchi yang memerintah kerajaan sementara berjanji akan mengadakan pilihanraya yang merubah sistem presiden kepada sistem parlimen. Semestinya ini adalah janji palsu yang tidak akan memaknai erti perubahan yang diinginkan kerana perubahan rejim dan sistemnya masih berada di dalam koridor sistem demokrasi yang mana ianya adalah bersifat anti-syariah islamiah.

Pembubaran rejim atau diktator di dalam Negara ini tidak menjamin perubahan hidup di dalam Negara ini. Pengalaman telah mengajarkan bahawa pertukaran rejim tanpa perubahan hidup rakyat tidak akan membawa apa-apa makna. Kita semua sudah mual dengan bertukarnya tampuk pemerintahan yang menggunapakai sistem yang sama, berjaya menyemai perubahan total. Tidak ada! Belum lagi nak sebut janji-janji manis reformasi dan perubahan yang di selalu dilaungkan oleh musuh-musuh islam yang mana mereka menyatakan tidak bersedia untuk syariah islamiah dan khilafah menjadi pemerintah mereka. Akhirnya, demokrasi inilah selalunya menjadi laternatif kepada perubahan sedangkan demokrasi ini adalah racun kepada setiap ummat islam yang merindukan kepada kembalinya syariah islamiah sebagai cara hidup mereka. Oleh itu, tiada lagi alternative lain, tidak ada sistem bagi ummat Islam yang lain selain menggunapakai syariah islamiah secara kaafah (total).

Khilafah, bersedia untuk mengungguli dunia ini

تَكُونُ النُّبُوَّةُ فِيكُمْ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا، ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا، ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا عَاضًّا، فَيَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَكُونَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ الله ُأَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا جَبْرِيّاً ، فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، ثُمَّ سَكَتَ

الحديث صحيح في سلسلة الصحيحة1 للشيخ الالباني ورقمه 5 في السلسلة تحت موضوع الخلافة والبيعة والطاعة والإمارة


Daripada Nu’man bin Basyir daripada Hudzaifah bin Yaman radhiallahu ‘anhu, sabda Nabi sallallahu’alaihi wa sallam :

“Nubuwwah akan berada dikalangan kamu selagi mana Allah mahukanya, dan kemudian Allah akan mengangkat bilamana Dia mahukanya, dan kemudian akan ada Khilafah Rashiidah dalam manhaj kenabian (khilaafah ‘alaa minhajin nubuwwah), ia akan bertahan selagi Allah mahukan ia bertahan, kemudian Allah akan mengangkatnya jikalau Dia mahukannya, dan kemudianya pemerintah yang adil (mulkan ‘adlun) akan memerintah selagi Allah mahukanya, dan Dia akan mengangkatnya jikalau Dia mahukannya, dan kemudian akan ada pemerintah yang zalim (mulkan jabariyyah), dan ianya akan bertahan selagi mana Allah mahukan ia bertahan, kemudian Allah akan mengangkatnya, kemudian akan tiba masanya Khilafah di atas manjah Nubuwwah (khilafah ‘alaa minhajin nubuwwah), kemudian baginda diam.” (hadith riwayat Ahmad dan Al Baihaqi. Mishkatul Masabih: Bab Al-Indzar wa Tahdzir, Al-Maktabah Ar-Rahimiah, Delhi, India. m/s 461. Musnad Ahmad, juz 4 m/s 273).

Berita dari Nabi sollallahu’alaihiwasallam ini merupakan satu khabar gembira bagi ummat Islam hari ini. Detik masa bagi era Khilafah (Negara yang berasaskan sistem Islam) yang mengikut jejak langkah kenabian ini akan tertegak selepas kejatuhan era ‘mulkan jabariah’ (era keangkuhan dan kekejaman) raja-raja alias dictator.

Fenomena revolusi Tunisia yang diikuti oleh Mesir dan lainnya ini, mungkin menjadi suatu pentanda yang mebenarkan hadith ini berdasarkan sejarah kejatuhan dan kebangkitan Islam. Selepas kejatuhan Khilafah di Turki pada 3 Mac 1924, ummat Islam berada di dalam kemelut hitam sejarahnya. Sistem khilafah Islamiah ini telah dijatuhkan oleh ‘dajjal’ Mustafa Kamal At-Taturk. Dialah yang melahirkan para diktatoris yang memerintah ‘negara-negara’ Islam pada hari ini. Itulah zaman berakhirnya fasa ‘mulkan adlun’ dan lahirnya zaman ‘mulkan jabariah’ alias pemerintahan diktator. Mereka ini berada di bawah tekanan Barat, menggunakan sistem demokrasi dengan pilihanraya, dan juga jargon seperti ‘kebebasan’ dan ‘reformasi’.

Kini ummah telah sedar betapa jahatnya raja-raja, pemerintah dan diktator mereka. Sistem demokrasi sekular ini akhirnya hanyalah janji palsu yang member harapan ‘bau syurga’ tanpa sebarang reality. Kondisi kehidupan semakin melarat akibat sistem dan ideologi demokrasi kufr mengundang kesedaran dan angin perubahan kepada Negara-negara islam. Sesungguhnya revolusi Tunisia ini menjadi pencetus dan inspirasi dalam masa yang sama.

Bedasarkan daripada berita gembira yang dibawa oleh nabi ini, ia menceritakan sejarah dan aturan Allah mengenai ummah. Kemudian naik dan jatuhnya kekejaman menandakan kebangkitan sistem khilafah dan penggunaan semula syariah islamiah di dalam setiap aspek kehidupan.

Ummah ini sesungguhnya merindukan kemunculan Al-Mahdi. Seorang figura Khalifah yang akan muncul selepas tamatnya tempoh ‘mulkan jabariah’ atau diktator yang zalim. Kejatuhan Ben Ali dan Hosni Mubarak, dan diikuti oleh diktator yang lainya (insya-allah), menjadi satu petanda yang menghampiri zaman yang dijanjikan oleh rasulullah sollallahu’alaihiwasallam iaitu khilafah islamiah yang berpandukan jejak langkah kenabian. Revolusi Tunisia ini mungkin menjadi petanda awal kemunculan era ini dimana bukan sahaja ummat islam , bahkan seluruh dunia akan menikmati keamanan, kedamaian dan belas kasihan.

Gua rasa, gua terpaksa menulis tanpa belas kasihan sebab ramai orang kurang faham dan kurang yakin. Yakinlah weiihhhhhhh!!!! Bersedialah untuk Khilafah Islamiah wahai ummat Islam!

 

 

LinkReply