?

Log in

Idea. - amuk dan beauty [entries|archive|friends|userinfo]
Muhammad Abdullah

[ userinfo | livejournal userinfo ]
[ archive | journal archive ]

Links
[thoughts| aiman salmi johnpilger harith ustaz ]
[foto jedi| iridie juli bazuki jamesnachtwey ]

Idea. [Jan. 30th, 2012|09:04 am]
Muhammad Abdullah

Bismillahirrahmanirrahim-dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Tujuan artikel ini ditulis setelah penulis berfikir dan terus berfikir mengenai survival. Ya, survival cari makan, survival bayar hutang, survival kerjaya, survival keluarga, survival cita-cita, survival ummah dan entah apa lagi. ketika mencari idea survival, terfikir bagaimana idea itu muncul.
Target penulisan ini dengan harapan pembacanya adalah di kalangan melayu muslim Malaysia khususnya. Sebab artikel ini ditulis dengan menggunakan bahasa melayu dan penulis adalah seorang warganegara Malaysia. Penulis akan mengupas isu-isu “idea” dari perspektif Islam, perihal semasa tanah air dan dunia. Tetapi sekiranya ‘target audience’ di atas ingin menyebarluaskan kepada mana-mana golongan atau menterjemahkan kepada bahasa lain atau ingin memberikan pendapat, ianya amatlah dialu-alukan.
Terdetik di dalam kepala ini darimana datangnya perkataan “idea”. Ya, idea. Atau dalam bahasa melayunya; buah fikiran. Pada tahun 1997, Dato’ Sri Anwar Ibrahim di dalam ucapannya menyebut idea dengan bunyi ‘ide’. Seperti di Indonesia. Ditambah lagi dengan generasi baharu masyarakat melayu Malaysia tidak lagi asing dengan perkataan “idea” kerana keterbukaan Malaysia di dalam menerima bahasa asing untuk diletakkan ke dalam Kamus Dewan.
Persoalan berikutnya, dari manakah datangnya idea ini. Idea tercetus dari kepala otak kita. Kepala otak kita datang dari mana? Dari mak kita. Mak kita datang dari mana? Dari nenek kita dan begitulah seterusnya sampai Nabi Adam alaihissalam. Nabi Adam datang dari mana? Tentulah tuhan yakni Allah yang menciptakannya dan secara logiknya, tiadalah yang di luar kekuasan tuhan.
Namun manusia yang sombong mengatakan tuhan itulah idea yang diada-adakan oleh kepala otak manusia. Apakebodoh otak-otak songsang orang seperti ini memikirkan tuhan itu adalah idea manusia seperti Lenin dan seumpamanya. Orang-orang atheis jangan dilayan sampai kiamat sekiranya tak mahu otak kita korup dan rosak seperti mereka, kecuali untuk berdakwah kepada mereka dengan ilmu yang cukup dan berhikmah.
Jadi kita tentu tertanya-tanya jika idea ini datang dari tuhan, tentulah kita akan lakukan yang baik-baik saja. Takkan wujudlah idea-idea yang mengarut seperti mengebas wang zakat atau makan duit lembu atau menjaja video lucah atau yang dahsyat seperti idea bersumpah mengaku diliwat 9 kali pada khalayak ramai atau menjual agama atau lebih teruk mengatakan tuhan itulah sebenarnya idea. Sabar dahulu…
Mari kita lihat kehebatan idea. Semua orang boleh memberikan idea untuk membuat sebiji bangunan. Senang sahaja nak menggambarkan bentuk bangunan yang hebat dan berprestij. Tetapi dalam rangka melaksanakan idea anda itu memakan belanja yang besar dan pengurusan yang memerlukan perincian serta perancangan yang serba serbi. Dengan tenaga kerja yang banyak dan memakan masa yang lama. Ah, senang cerita memang susahlah.
Mengikut ‘V’, idea digambarkan secara berikut;
We are told to remember the idea, not the man, because a man can fail. He can be caught, he can be killed and forgotten, but 400 years later, an idea can still change the world. We've witnessed firsthand the power of ideas, We've seen people kill in the name of them, and die defending them... but you cannot kiss an idea, cannot touch it, or hold it... ideas do not bleed, they do not feel pain, they do not love
*kita diingatkan untuk mengingati idea, bukan tokoh kerana manusia boleh gagal. Manusia boleh ditangkap, dibunuh atau dilupakan. Tetapi 400 tahun kemudian, idea masih boleh merubah dunia. Kita melihat dengan mata kita sendiri tentang kuasa idea itu. Kita melihat manusia membunuh atas namanya (idea), mati mempertahankannya…tetapi anda tidak boleh mencium idea, menyentuhnya atau memegangnya…idea tidak akan luka, ia tidak akan merasa sakit, ia tidak akan menyintai* (terjemahan) - Ada sedikit kebenaran di situ.
Kita selalu dengar seorang penulis yang ketandusan idea dan tidak dapat menulis novel cintanya. Atau seniman-seniman yang naik di rumah rehat mereka di Janda Baik untuk mencari idea. Atau pelajar-pelajar yang menghisap rokok macam orang gila untuk mencari idea menyiapkan ‘assignment’ atau orang banyak idea selalunya isap curut. (eh, ada ke macam tu?). sedarkah kita bahawa usaha untuk mencari idea itu berkait rapat dengan perbuatan kita. PERBUATAN atau orang arab cakap ‘amal’.
Ya, amalan yang baik membuahkan idea yang baik. Sama seperti pekerja yang baik, tentunya akan disayangi oleh majikannya lalu memberikan gaji+imbuhan yang bagus. Begitu jugalah kehidupan seorang muslim. Sekiranya rajin untuk solat berjemaah atau bangun solat malam atau bersedekah dan melakukan perkara baik, nescaya tuhan akan memberikan idea yang baik manakala manusia yang berharap rokok sebagai teman mencari idea, nescaya hanya syaitan yang datang menumpang mengembangkan idea-idea yang cantik menjadi huduh seperti jalan cerita Ombak Rindu atau filem-filem melayu yang mengarut. Opss. – tapi ramai yang sukaaaa tengok Ombak Rindu. - yang suka tengok Ombak Rindu itu juga ideanya juga sama seperti pembikin filem. (maaf).
Kita lihat firman Allah di dalam surah Al-Ankabut pada ayat yang terakhir;
 “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
Nah. Inilah bukti Allah yang memberikan idea yang baik kepada manusia sekiranya manusia itu baik amalannya. Bagaimanakan amalan yang baik? Amalan yang baik menurut definisi para ulama’ salafussoleh (otai-otai terdahulu yang bersama Nabi sollallahualaihiwasallam dan para pengikutnya) adalah 1. Ikhlas kerana Allah dan 2. Mengikut sunnah rasulullah. Inilah contoh amalan yang baik.
Namun, kita masih kurang percaya lagi kerana dengan menyerah diri secara penuh kepada Islam akan menyebabkan kita mundur atau tidak ‘style’ katanya. Yelah, tengok je lah dengan baju yang tidak berfesyen (longgar dan warna tidak menarik) dan tudung labuh. Seluar senteng berjanggut. Tak pakai Gucci atau Prada. Nama tak ‘up-to-date’ seperti ‘Omar’ atau ‘Fatimah’ atau banyak sebab lain yang idea kita tidak dapat terima pada hari ini. Itu semua dari syaitan. Kalau tak percaya kita boleh buka buku “Al-Bidayah wan Nihaayah” (Permulaan dan Pengakhiran) yang ditulis oleh Imam Ibnu Kathiir rahimahullah bagaimana syaitan memperdaya manusia untuk menyembah berhala.
Bagaimana berhala boleh wujud dalam sejarah manusia? Ianya mula wujud pada zaman Nabi Nuh alaihisalam. (beberapa generasi je setelah Nabi Adam) Di dalam surah Nuh pada ayat yang 23:
 "Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr."
Wadd, Suwaa’, Yaghuth, Ya’uuq dan Nasr itu adalah nama berhala. Siapakah mereka ini? Mereka ini adalah orang-orang soleh yang wujud sebelum Nabi Nuh. Mereka ini adalah para du’at yang sering memperingati kaumnya untuk berbuat baik. Setelah mereka mati, maka datanglah syaitan kepada kaum yang jahil itu lalu menghasut mereka untuk membina arca-arca orang soleh ini agar bisa jadi peringatan kepada kaumnya apabila melihat kepada arca itu. Lalu syaitan meninggalkan mereka selama sepuluh generasi. (syaitan itu sangat penyabar) dan apabila generasi ke sepuluh itu sudah lupa akan tujuan asal arca itu dibina, maka syaitan datang kembali kepada mereka dan mengatakan, inilah tuhan mereka lalu mereka menyembahnya.
Inilah salah satu contoh idea yang ditipu syaitan. kita diheret perlahan-lahan ke arah kesesatan dan kesesatan yang sedia ada itu kita pertahankan beriya-iya.Ikhlas tu sudah ada, tetapi tidak mengikut sunnah boleh menyebabkan amalan tersasar dan menyimpang.minta berlindung daripada perkara-perkara seperti ini.
fuh.....berbalik pada otak kita semula.amat cantik tuhan jadikan cara kita berfikir dan mengolah dan meneroka otak ini.maha suci tuhan tidaklah engkau menjadikan segala sesuatu ini sia-sia dan jauhkan kami dari azab api neraka.idea adalah apa yang tuhan berikan kepada manusia. lalu tuhan turunkan manual bagaimana menggunakan otak dan menguruskan perihal dunia ini; iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
perhatikan ayat ini;
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman." [6:125]
kita dah ada guideline dalam bagaimana terdetik untuk mendapatkan idea yang baik. lapangkan dada untuk meneliti ayat-ayat tuhan, majlis ilmu, ibadah dan lain-lain dari cabang-cabang Islam. ini adalah permulaan hidup yang baru. idea baru,hidup barulah.
kemudian kita kembali kepada tuhan mengikut rentak kesedaran kita.kita tahu berapa laju kita berlari dan berapa banyak kesungguhan yang kita berikan. Abu Ismail Al-Ansari Al-Harawi Al-Sufi di dalam kitabnya Manazil As-Saaireen (Stesen-stesen Pengembara) meceritakan bahawa manusia mempunyai 100 stesen yang perlu ditempuhinya untuk kembali kepada tuhan. stesen yang pertama adalah "al-yaqadhah" iaitu "the waking up" atau kesedaran. apabila hati ini benar-benar terdetik bahawa kesedaran untuk kembali kepada tuhan itu, anda telah berada di stesen yang pertama di dalam perjalanan ini. stesen seterusnya adalah "azm" atau azam.bilamana hati ini telah memilih untuk menempuh jalan menuju kepada tuhannya yang Maha satu. 
idea yang baik akan sentiasa membuahkan perkara yang baik dan jaminannya adalah syurga insya-allah. idea yang jahat atau sesat sentiasa berakhir dengan padah membawa ke nereka wa'iyazubillah. idea yang baik ialah segera untuk mendapatkan pengampunan dari tuhan setiap masa. 
idea.
LinkReply